:...pages...:

Friday 11 November 2011

"ustaz, kami bukannya berzina"

Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:

“Kami tidak berzina!”

Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.

“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!

“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”

Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.

“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”

Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?

“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan.

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”

Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu.

“Islam takde ke couple-couple ni?”

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”

Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.

“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”

Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?

“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.

“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”

Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.

“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)

“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”

Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

“Kami telah berjanji sehidup semati.....”

Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”

Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second hand sdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!

“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”

Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)

“Lalu bagaimana dengan kami?”

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.

“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”

Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.






“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”

Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.
Dan doa saya mengiringi kalian... “Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."
******************************


p/s; Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...
from: 
..'konsi bersama'..

Sayangilah saudaramu,duhai nur permata hatiku

by Nur Permata Hati on Tuesday, December 28, 2010 at 10:54pm
Assalamualaikum..
Wahai adik2ku nur permata hatiku..
jagalah hubungan silaturahim antara kita..
jangan ada sesekali sifat dengki dan khianat kerana itu akan membawa kita ke lembah kehinaan..
Iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam..
INGATlah walau apapn terjadi berjanjilah kita tetap akan BERSATU..
hargailah pertalian ini kerana Allah telah takdirkn kita
walau air d'cincang x akan..
X AKAN PUTUS!..
janganlah jadi seorang insan yg tergamak menganiaya saudara sEndiri,.
ingat janji Allah t'hadap mereka yg cba memutuskan silaturahim sesama manusia malah saudara sendiri..
jangan sekali-kali buruk sangka dan menfitnah saudaramu utk kepuasanmu wahai nur permata hati ku..
menfitnah itu lebih berdosa drpd membunuh..
''wahai orang yang beriman,jauhilah kebanyakan drpd prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu m'cari2 kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yg lain''(al-Hujurat:12)..
nur permata hatiku,
kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan pada seseorang itu adalah ketentuan Allah untuknya..
siapa kita hamba yg kerdil ini?
dan apa hak kita untuk m'pertikaiknnya..??
x selayaknya kita bermegah2 dengan apa yang kita miliki,
dan x selayaknya kita mempersenda apa yang tidak mereka miliki..
dan adik2 ingatlah,
siapa kita cuba menilai kesucian hati manusia,
sedang diri kita sendiri,kita x mampu menilainya..
jangan sesekali menghukum,mengkritik dan berburuk sangka..
hanya Allah yg Maha Mengetahui,
dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yg ada di muka bumi ini..
jangan kita bersikap angkuh dan sombong..


Rasulullah bersabda,
''Tidak masuk syurga orang yang hatinya merasa sombong sebesar biji sawi.''
sahabat bertanya,
''Ya Rasulullah,adakah orang yang memakai baju dan kasut yang cantik dianggap sombong?''
Rasulullah menjawab,
...''sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan.Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain''. (HR Bukhari dan Muslim)
tanyalah diri..
SIAPA KITA DIMUKA BUMI INI??! UNTUK APA KITA DIJADIKAN BERSAUDARA??..
untuk bermusuhan kah,wahai nur permata hatiku??..
adik2 nur pemata hatiku,
jangan kita JADI MACAM MEREKA!..
mereka yang x pernah hargai saudara mereka sendiri..
sedang insan yg d'takdirkn hidup bersendirian tanpa saudara cukup derita..
ingat adik2 walau siapa pun saudara kita,
jangan sesekali kita ketepikannya bantulah dia ,
bawalah dia ke cahaya bantu terangi hidupnya..
semampu yg boleh..
''dan tlg menolonglah kamu dalam(mengerjakan)kebaikan dan takwa,dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan''(al-Maidah:2)..ingatlah keikhlasan membantu saudaramu dalam kesusahan akan d'balas belipat ganda oleh Allah..itu janjiNya!..''barangsiapa mengerjakn kebajikan seberat zarah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya.dan barangsiapa mgerjakn kejahatn seberat zarah pun nscaya dia akan melihat (balasan)nya pula...''
(Az-Zalzalah:7-8)..
adik2 jangan ada sifat menghina dalam kedaifan dan kekurangan saudaramu sendiri..
itu ujian tanda kasih-Nya Allah padanya utk menguji tahap keimanannya..
janganlah kamu jd orang yg sangup 'menambah garam pada lukanya'..
dan jangan kamu menjadi orang yang naif dan jahil..
sehingga buta utk m'bezakan yang hak @ yang batil..
Duhai Nur permata hatiku..
buka mata,bukalah mata hatimu lihat disana..disini..disekitarmu,.
berapa ramaikah mereka yang bertelingkah sesama saudara,dr segi jiwa,hati,keluarga,masyarakat,pembentukan ummah yang akn datang,
apa akibatnya?..
Subhanallah amat besar impaknya..
janganlah ada sifat yg membawa kpd kehancuran ummah..
Cintailah saudaramu permata hatiku..
walau siapa pn dia..
drah yg mngalir d'tubuhnya sama sepertimu..
sayangilah saudaramu..
kerana tiada siapalah dia buatmu lahir dari rahim yang sama..
dan juga punyai matlamat yang sama sebagai hambaNya..
air d'cincang x akan putus..
dan jagalah saudara sesama islam..
fahamilah erti persaudaraan ISLAM...


ukhtukum wa uhibbukum fillah...








-Yang fakir-
..Nur permata hati..
Buatmu saudara2ku,saudara2 seagamaku nur permata hatiku.

bagaimana ek, nak cinta Dia?

by Nur Permata Hati on Friday, January 7, 2011 at 9:26pm
Dlu hati ini sering t'tanya2 ''bgaimana kita nk cintakn Allah?''..
''melebihi segalanya?''..
''melebihi cinta manusia?''
''bagaimana ya?''
Hmm aku fikir dn fikir,.dan aku yakin smua ini BUKAN perkara mustahil..right?
Msa berlalu dgn pantas..
Akhrnya dgn izin Allah..aku peroleh jwpnnya..
Rupanya ia cukup mdh..itulah tnda kasih Dia pada kita..
Cma hanya..
Hanya..
Utk myintainya..
Kita harus..
Mengenali..
Mengenali-Nya..
X kenal maka x cinta..
''belajar mengenali Allah yang Maha Pengasih lgi Maha Penyayang''
Psti kita akan t'tarik utk myintaiNya..

Jauhilah ia

 

''Wahai Muslimin,jauhilah zina kerana perlakunya mendatangkan enam keburukan,
Tiga di dunia dan
Tiga di akhirat.
Tiga yg diperoleh di dunia adalah
Hilangnya seri di wajah,
Memendekkan umur,
Dan mendatangkn kefakiran.
Tiga yg diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah,
Hisab yg buruk,
Dan azab neraka.''
(Hadis riwayat Ahmad,Ibn Hibban dan Al-Hakim)


¤ ''Dan janganlah kamu mendekaiti zina. Sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk'' (Al-Israk:32)


¤ Abdullah bin Amr bin al-As berkata, ''Amanah adalah alat kelamin manusia. Sekiranya manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.''
...peliharalah ia berpandukn landasan syariat.kerana ia adalah amanah..


¤ ''Dan tidaklah zahir perbuatn zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkn akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tdak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum ini. '' sabda Rasulullah ( HR Ibnu Majah,Al-baihaqi dan al-bazzar)


¤ Jarir bin Abdullah berkata,'' saya pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW berkenaan melihat wanita dengan tidak d'sengajakn, maka nabi berkata, 'palingkanlah pandangmu'.'' (HR Abu Daud).


¤ ''sahabat2 nabi bertanya, 'wahai Nabi Muhammad,adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal maka dia diganjarkan pahala?' kata Nabi, 'tidakkah jika kamu memuaskan nafsumu secara haram maka kamu berdosa? Justeru,jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala'.''(HR Muslim).


...Bersamalah kita buka mata hati..
lihatlah sekeliling,. akibat maksiat.....Subhanallah..
ambillah ia sebagai iktibar..jangan dekati ia kerana tanpa iman manusia sememangnya adalah lemah pada ujian dan godaan.


Salam mujahadah..
ukhtukum wa Uhibbukum fillah.


-Renungan Bersama-

Mencari yang Sempurna??


Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?", ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.

"Sejujurnya sampai sekarang aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di Utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untukku dan sesuai menjadi isteriku. Namun belakangan selepas itu baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, dia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi akhirnya aku ketahui dia dari keluarga yang berantakan (berpecah belah) dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pasangan hidup yang dikirim oleh Tuhan untukku".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi?. Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Kawannya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

 p/s : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?.... Nobodys perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.


_Permata islam  _

kebaikan bermula ditangan mu

by Nur Permata Hati on Friday, February 11, 2011 at 6:16pm

saudaraku ingatlah.............

"tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita"
(Muttafaqun'alaih dari Usamah Bin Zaid Radhiyallahu'anhuma).

jagalah pandanganmu...............

"sesungguhnya dunia itu manis(rasanya) dan hijau(menyenangkan dilihat).dan sesungguhnya Allah S.W.T menggantikan
 sebahagian kalian dengan sebahagian yang lain di dalamnya,maka Dia akan melihat bagaimana kalian beramal dgn dunia tersebut. oleh kerana itu, takutlah kalian terhadap godaan dunia(yang menggelincirkan kalian dari jalanNya) dan takutlah kalian dari GODAAN WANITA."
-HR Muslim-


saudariku,
penting bagimu...
kerana kebaikan bermula di tanganmu wahai permata..
malu itu perisai keimanan..
jagalah harga dirimu..
permata perlu dijaga dan ditutup rapi..
itulah permata yg bernilai..
jangan kerana kilauannya
merosakkan mata sang lelaki..
melemah kekuatan si gagah..
mehancurkan kewibawaan matlamat pejuangannya...

ingatlah,
"wahai puteriku,DEMI ALLAH! jangan kalian percaya terhadap kata sebahagian lelaki..bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adap ..bicara denganmu seperti sahabat ..daan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab.. sebenarnya mereka BERBOHONG!.. jikA engkau mendengar sendiri bualan mereka............PASTI ENGKAU TAKUT DAN MENGERTI.......sesungguhnya hanyaa ditanganmu PINTU SEGALA KEBAIKAN, bukan ditangan kaum lelaki"
-ALI THANTAWI-

Tarbiah Hidup

Bismillahirrahmanirrahim..
Hidupmu..alunan ombak yg mampu mematangkan aku dengan kehidupan dunia..
ini smua tnda kasih Dia
supaya kita mencari  Dia..
mencari Dia..
agar kita ingat Dia,
mengenal Dia Yang Maha Esa..
PERMATA HATIKU…
ujian ini bukan musibah tapi penuh hikmah..
terima ia dengan redha..
tidak akan ada sesuatu yang berlaku tanpa izinNya..
ada hikmah yang sukar untuk kita fahami..
sesungguhnya Dia lebih mengetahui…..
ibu..
ampunkan aku..
tanpa ku sedar telah ku lukai hati yg  tegar dgn ujian yg x pernah henti menimpamu...
banyak dosa ku terhadapmu..
rintihan dan sungutan aku tntg hidup ini..ujian ini..
 membuatkan aku lupa akn hati kecil mu..
yang juga menangung beratnya liku2 hidup ini..
ampunkan aku..
takdir Yang Maha Esa..
jalan yang penuh liku ini
akhirnya aku temui  jalanNya..
Ya Rabb..Aku syukuri nikmatmu..
Tarbiah ini mengajarku erti  redha ..
ibu..
sepedih mana pun hidup kita
Ingat masih ada insan yang ledih mnderita..
Jika kita tidak kuat bagaimana mereka??
Ujian Allah ini tarbiah untuk kita tanda cinta Dia pada kita..
Allah selalu ada tika kita perlukan dia..
ibu....
Doa dan tangisanmu membuatkan aku merenung hakikat kehidupan..
Alhamdulillah aku bersyukur dgn kehidupan ini..
Aku msh punya ayah dan ibu..
Jangan kau tangisinya..
Walau impianmu x kesampaian..walau mimpimu x mjadi kenyataan..
engkau tetap tidak putus asa berharap padaNya..
ibu Jika Dia x sediakn sebuah mahligai dsini untuk mu..
Bukan bererti Dia lupakn mu..
Bukan Dia x mendengar rintihanmu..
Bukan x dihiraukan tangisanmu..
Allah menangguhkan bukan mengabaikannya(azab bagi orang yang zalim)..
Ingatlah lebih  indah mahligai di taman firdaus..
Tidak mengapa jika kita kedana di sini..
Jangan kita papa di sana..
Ibu,,.............
Jangan menangis…
tak kuat hatiku melihatnya..
Lemah aku melihat btiran permata yg menitis
tika hidupmu digoncang dengan dugaan..
Ku kesali kekurangan ini..
X sampai kudrat ku untuk mengesat air matamu ibu..
Ibu jangan menangis..
Firman Allah.. “dan janganlah kamu berasa lemah,
dan jangan(pula) berasa sedih hati..
kerana kamu paling  tinggi(darjatnya),jika kamu orang beriman”…
lihatlah pujukan Allah pada kita..
 kasihnya Dia pada hambaNya..
banyak peringatan  Dia pada kita
ayat2Nya telah menerangkan segala..
agar kita  kuat dan kembali ke jalanNya..
supaya selamat dari azab  neraka..
permata hatiku..jangan bersedih..
kasih sayang Allah tiada tandingannya
ada hikmah di sebalik ujian
permata  hati…..
biar hidup kita tak punya apa..tapi jangan kita miskin dengan budi dan iman..
biarlah kaya kita disana walaupun derita di sini..
 tiada indah di sini dibandingkan syurgaNya..
jangan kita muflis di sana..
kerana orang muflis adalah orang yang zalim..
zalim terhadap hamdaNya......



jangan kamu zalim dikala berkuasa kerana kezaliman akan berakhir  dengan penyesalan..
matamu tidur sedang orang yang dizalimi terus berjaga..
ia mendoakanmu dengan kekejian
dan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat…………………………………………
sabda Rasulullah..”waspadalah doa orang  yang dizalimi,kerana ia akan dibawa (naik) ke atas langit dan Allah berfirman ‘demi kemuliaan dan KeagunganKu, sungguh Aku benar-benar akan menolongmu, meskipun waktunya telah berlalu'.”
(H.R Khuzaimah Bin Tsabit)

_Yang fakir_
Nur permata hati

Naluri dan Fitrah

by Nur Permata Hati on Monday, April 4, 2011 at 12:22am


Wahai wanita solehah,.
jangan risau akn jodohmu krna muslimin yG bijaksana x akn terpaut pd wanita,
hanya pd kecantikannya,
lirikan senyuman,
pd bicara manja,
mengoda atau pujuk rayu seorg wanita yG meruntuhkn IMANnya..
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz utkmu..
Saudari..
Cuma peribadinya ditentukn oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..
Jika kamu tetap diatas jalan yang diredhaiNya..
InsyaAllah si dia turut di jalan yG sama..
La Tahzan..
telah Dia tentukn yg terbaik utk hambaNya..
Penuh hikmah dan tarbiah..
Carilah cintaNya sebelum cinta hambaNya..
Penuh hikmah,bg hati yG diuji dgn naluri fitrah manusia pd ms blum pd tikanya..
Pelihara dan didiklah hati
selari dgn syariatNya..
Saudariku..
Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia.. Naluri ingin mnyayangi dan disayangi adalah fitrah..
Islam itu indah..
bkn dtg mbunuh naluri dan fitrah itu,.
tidak saudariku..
Cuba kamu selami dan memahaminya.. Islam x sesekali mbunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami..
Jgn nafikan ya saudariku..
Bkn salah dan berdosa..
Yang mbzakn cra kita mendidik dan menjaganya..
ia dtg tanpa diundang..
Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah.
Lihat saudariku tarbiah ini..
Supaya kita mendidik hati dan berhati2 agar tabah dalam mendidik hati mencintaiNya..

HAKIKI KE JALAN-NYA……



Tika hidup dihimpit!!
Peritnya…..realiti hidup
Tapi apakah ini??
Mengapa hidup penuh dengan cerita…
Yang tidak pernah sunyi dengan himpitan duka, rumit dan derita…
Apakah ini??
Semua ini?? Untuk apa??

Inginku lari!!
Tapi ke mana arahku??
Ingin aku bebas!!
Tapi apa tujuanku??
Ingin aku pejam..
Tapi ia pasti akan terbuka…
Ingin aku pergi jauh…ingin bahagia!!!
Tapi…
DIMANA???di mana tempat untukku…

Setelah semuanya melelahkan aku…
Aku keseorangan…
Hampir putus asa di bawah roda kehidupan…
Putus dengan harapan…
Akhirnya kini aku sedari…
YA ALLAH……!Ya Rabb….
Akhirnya Kau yang aku cari
Pada Engkau aku kembali
Aku buntu
Aku biarkan ia…
Sengaja aku butakan mata, pekakkan telinga…
Sedang aku tahu
Engkau telah beri peringatan
Pada hamba-hambaMU…
Dan ayat-ayatMU sentiasa ada di mana-mana..
Agar hambaMu menjauhi kemungkaran..
Engkau dekatkan hati-hati mereka yang mencari
Pada jalanMU…
kesali kejahilan ini..
Aku mula mencari…
inginkan keredhaanMu…ingin mengenaliMu…

Ya Rabb…
Aku ingin mencariMu…
MengenaliMu…
Kerana itu ketenangan,
Kedamaian bagiku,..
Mengenali dan
Mencintai Penciptaku…

Tika tanganku terkapai keseorangan,
Dalam kelemasan hidup, Kejahilan…
Akhirnya aku disambut dengan senyuman…
Ikhlas…
Ditarik aku ke sesuatu arah…
Melangkah aku masuk dengan tujuan…
Tenang dan damai…
Terlihat aku di atas berdiri megah…
Kalimah ALLAH…
Damai hatiku…
Terhenti seketika…
gelombang hidup yang melemahkan…
kesatuan  bulatan ukhwah,
Mengajar erti sebenar persahabatan…
Pertama kali aku…
Dipeluk akrab…
Terasa kasih yang tulus ..
Di hamparan ini aku kenal erti sayang kerana ALLAH…
Uhubbukumfillah
Mereka seperti keluarga….
USRAH….
Di bawah naungan aku terbimbing..
Mengenalkan aku erti sebenar kehidupan…
Di sini lebih dekat denganNYA
kenal erti redha mnghadapi ujian..
Kini…aku tidak berasa lemah …..
Punyai sandaran yang menyokongku…
Membantuku…mendorongku..
Aku tidak keseorangan…!
Keluarga,ukhwah ,kasih,kekuatan usrah ini
Memberi aku kekuatan mendekati jalanNYA..
Agar lebih tabah memahami hikmah2-NYA..

Usrah mengajarku…
Perkara dunia akhirat…
ALHAMDULILLAH YA ALLAH…
Kau temukan aku dengan jalan yang mudah ini…
Akhirnya….
Aku temui….
MUSLIM INTEGRATED GROUP…. (MIG)
Tidak aku sia2kan peluang yang tersedia..
Tidak aku abaikan santapan rohani..
Yang akan ditanya suatu hari…..
“ tidak aku sia2kan usia ini dengan dunia semata2!!…”


-LAJNAH DAKWAH-
muslim integrated group(MIG)
-KMK2010/2011-

Hati nurani

by Nur Permata Hati on Wednesday, April 6, 2011 at 12:44pm

Hati nurani dikurniakan kpda kita agar kita dpt memandang sesuatu di dunia ini dgn hati..baik buruknya manusia ditentukn oleh hati nurani.baik hati nuraninya,maka baiklah seluruh jiwa yg ada dlm dirinya..
Manusia yg tidak mahu menggunakan pancaindera ini dgn baik,maka samalah darjatnya seperti firman Allah dalam surah Al-A'raf ayAt 179 ..
''Dan sesungguhnya Kami jadikan utk neraka jahanam byk dari jin & manusia yg mpunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dgnnya (ayat2 Allah),dan yg mpunyai mata(tetapi)tidak mahu melihat dgnnya(bukti keEsaa Allah) dan yg mpunyai telinga (tetapi) tidak mahu mdengar dgnnya(ajaran dan nasihat);mereka itu seperti binatang ternak,bahkn mereka lebih sesat lagi;mereka itulah org2 yang lalai.''
Berbahagialah mereka yg memanfaatknnya dgn baik,.ingatlah janji Allah dlm firmanNya, ''Yang berusaha mendengar perkataan2 yg smpai kpdanya lalu mereka memilih dan menurut akan yg sebaik2nya(pada segi hukum agama);mereka itulah org2 yg dbri hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang2 yg berakal sempurna.''..
(Az-Zumar:18)
Pancaindera adalah amanah,gunakan ia dgn sebaiknya..ia akan bertanggungjawab di akhirat kelak..mudah2an kta menjaganya dgn baik supaya tiba masanya kita dpt menunjukkn catatan yg baik apabila ditanya kelak..
InsyaAllah..

_Hakiki ke jalan-Nya_
..Sama2 kita renungkan..

Thursday 10 November 2011

NALURI KESEDARAN

by Nur Permata Hati on Friday, July 8, 2011 at 8:45am

Ruginya hidup dikala menzalimi diri,
seorang hamba yg sering lupa pd pengorbanan Insan yg amat CINTAkn umatnya,Ya Rasulullah..
Hati merintih,memaksa diri gembira melupakan hakikat,
Menanggung yg tersirat hanya Dia Yang Lebih Mengetahui,
PATUTkah aku berharap pd kebaikan dan kebahagiaan??
PATUTkah aku menghirup nikmatNYA di muka bumi??
PATUTkah aku mengharap bantuanNYA??
Sedangkan aku?..........
Aku tak pernah kerap walau sesaat mengingatiNYA..
Aku tidak mengenangNYA..
Jawatan ku sebagai hampa pd pencipta..
tidak ku sambut seruanNYA..
Sedang aku mengerti kasihNYA..
Aku mengerti suruhanNYA, laranganNYA..
Cuma tak pernah ku cuba fahami HIKMAHnya..
Tak pernah selangkah ku usahakannya,
walau langkah hnya setapak..
Ilmu di minda nikmat kasihNYA..
MENGAPA tak pernah aku berusaha mendekatiNYA?..
Walau pernah terdetik di hati..
Sedangkan tiap SAAT DIA bersamaku..
MENGAPA berat untukku meluangkn sedikit WAKTU untukNYA??
Yang hakikatnya mampu menampung berjuta waktu DiSANA..
APAKAH keadaan aku di saat AKHIR nyawaku??
SOLAT jadi urusan keduaku,
IBADAT urusan terakhirku..
..YA ALLAH.....!!
Berpeluangkah aku meniti kembali jalanMU???
Sebelum tiba ajalku..
Disaat jasad mampu berlari masih KAU beri peluang taubat..sebelum waktu berakhir KAU SENTUH HATI DENGAN KEBENARAN..
tak sanggup aku biarkan niatku hanya tinggal niat yg tak sempat aku realisasikan..
YA ALLAH..AMPUNKAN AKU......!!


+Fikirkan,.segala kebaikan adalah dari ALLAH SWT,kekurangan adalah kelemahan diri yang masih boleh diperbaiki..
insyaALLAH...

Kisah Nabi Adam dan Hawa

Kita hidup kerana-Nya melalui satu ‘peristiwa’ yg sama…
“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika. Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.
Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!.
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.
Bukan! kata Tuhan.
Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
Bukan! tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.
Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.
(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al-Baqarah: 38)


sumber : http://berita-harian-online.com/