:...pages...:

Friday 11 November 2011

Jauhilah ia

 

''Wahai Muslimin,jauhilah zina kerana perlakunya mendatangkan enam keburukan,
Tiga di dunia dan
Tiga di akhirat.
Tiga yg diperoleh di dunia adalah
Hilangnya seri di wajah,
Memendekkan umur,
Dan mendatangkn kefakiran.
Tiga yg diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah,
Hisab yg buruk,
Dan azab neraka.''
(Hadis riwayat Ahmad,Ibn Hibban dan Al-Hakim)


¤ ''Dan janganlah kamu mendekaiti zina. Sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk'' (Al-Israk:32)


¤ Abdullah bin Amr bin al-As berkata, ''Amanah adalah alat kelamin manusia. Sekiranya manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.''
...peliharalah ia berpandukn landasan syariat.kerana ia adalah amanah..


¤ ''Dan tidaklah zahir perbuatn zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkn akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tdak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum ini. '' sabda Rasulullah ( HR Ibnu Majah,Al-baihaqi dan al-bazzar)


¤ Jarir bin Abdullah berkata,'' saya pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW berkenaan melihat wanita dengan tidak d'sengajakn, maka nabi berkata, 'palingkanlah pandangmu'.'' (HR Abu Daud).


¤ ''sahabat2 nabi bertanya, 'wahai Nabi Muhammad,adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal maka dia diganjarkan pahala?' kata Nabi, 'tidakkah jika kamu memuaskan nafsumu secara haram maka kamu berdosa? Justeru,jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala'.''(HR Muslim).


...Bersamalah kita buka mata hati..
lihatlah sekeliling,. akibat maksiat.....Subhanallah..
ambillah ia sebagai iktibar..jangan dekati ia kerana tanpa iman manusia sememangnya adalah lemah pada ujian dan godaan.


Salam mujahadah..
ukhtukum wa Uhibbukum fillah.


-Renungan Bersama-