:...pages...:

Friday, 25 May 2012

Kerana 3 Hati


KERANA HATI,KEMANA CINTA SAUDARA?



Dari jauh aku memerhati, rupanya jika kita cuba memerhati maka banyak perkara yang akan terlihat di mata kasar kita. Baiknya,buruknya juga terlihat.
“jika kita memandang sesuatu dari sudut positif, maka kita akan nampak kebaikannya. Dan  jika kita memandang sesuatu dari sudut negatif maka kita akan nampak keburukannya.”
hebat kuasa  mata. aku mula faham hikmah turunnya perintah Allah agar menjaga pandangan mata, agar  terhindar berlakunya perkara zina. Dari sekecil-kecil perkara di minta kita menjaganya, Tuhan Pencipta alam amat mengerti kelemahan  makhluk ciptaanNya.  diturunkan titah perintahNya agar kita menjaga setiap deria yang dianugerahkanNya. Pancaindera ada tanggungjawabnya untuk dipertanggungjawabkan. Ternyata Allah lebih mengetahui. Disebalik kelebihan kurniaanNya pasti ada kelemahan yang tersendiri sama ada disedari atau tidak.

“Ana,..!”
“Jom,kita makan kat kafeteria Utama”. panggilan Ina menyedarkan aku dari leka memerhati gelagat manusia yang pelbagai ragam di meja bulat di tepi antara persimpangan.

Sesetengah sedang asyik menyiapkan assignment bersama rakan-rakannya mungkin due date untuk submit sudah hampir. Mungkin juga buat kerja last minute. Ada yang ke halaman pensyarah, ke cafe. Dan ada juga yang tergesa-gesa ke dewan kuliah. Jam menunjukkan hampir pukul 12p.m. kuliah akan bermula genap setiap waktu jam bermula. Seorang insan ini  nampak seperti terlambat. Mungkin insan itu makan sebelum ke kuliah. Eh tidak! Duhai hati meskipun nampak kecil. Jauhi kelaziman andaian dan prasangka. Adakah aku tahu apa yang terjadi padanya sehingga ia terlambat? Andaian itu mungkin benar dia makan kerana dia sedang membawa air cawan yang dijual di kafe utama. Tetapi yakinkah aku dia lambat ke kuliah kerana makan. Mungkin sebelum itu atau selepas itu atas sebab yang lain. Syaitan jarumnya halus. Sekecil-kecil perkara itulah strateginya. Jika aku terus memikirkan lagi makin banyak jarum syaitan itu menembusi hatiku. Astaghfirullah.

Lemah dalam menjaga hati tentang perkara yang sering tertutup dengan mata hati yang nyata nampak kecil oleh mata fikiran. Aku berjalan disamping Ina. Sepanjang perjalanan Ina tidak berhenti menceritakan tentang pensyarah biologi kuliah dan tutorialnya yang mengajar dengan penuh bergaya dan cara yang tersendiri dalam menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian. Dan katanya lagi, berita menarik baginya pensyarah itu adalah pensyarah yang baru melaporkan diri dua hari yang lalu yang baru pertama kali mengajar. Tidak tahu mengapa fikiranku melayang tidak berminat mendengar ceritanya.

“Ana dengar tak? Pensyarah tu masih single . Ina suka cara dia. Nampak baik. Sopan dan berbudi bahasa. Lagi satu dia suka bagi nasihat yang menyedarkan sesiapa yang mendengar. Dia tak pernah marah student . Tapi assignment yang dia bagi semua siap on time.Pensyarah itu sering dipanggil untuk memberi ceramah dan motivasi pada pelajar biologi. Hebat kan..? kata ina dengan penuh semangat. Inilah pertama kali aku tengok Ina ceria. Selalunya akulah yang banyak berbicara.

Ina seorang anak tunggal yang tinggal dengan seorang ibu dan ayah yang berkerjaya. Meskipun hidup dilimpahi kemewahan tetapi hatinya tidak selalu ceria. Benarlah kekayaan dan harta bukan penjamin kebahagian meskipun ia mampu membeli kapal ke bintang bukan bermakna ia mampu menggapai bintang di langit. Keceriaannya hilang kerana memiliki seorang ayah yang sering alpa tanggungungjawab terhadap isteri dan anaknya. Manis mulut berbicara tentang isi kalam Allah untuk memperdengarkan pada insan lain tetapi tidak menembusi hatinya sendiri. Motivasi karangan jiwanya berjaya mendapat tempat dihati insan tetapi tidak mendapat tempat dihatinya sendiri. Lemah dalam tanggungjawab terhadap isteri pertama juga anaknya. Memandang rendah teradap kaum hawa yang lemah. Mangsa adalah ibu kesayangannya. Diluar nampak seperti matahari menerangi tetapi didalam mendung tiada cahaya. Ternyata Allah sedang menguji apa yang telah kita utarakan.

Duhai lelaki wanita itu bukan untuk dihanasi tetapi untuk dilindungi. Dijadikan wanita punyai martabatnya yang tiada ukuran. Wujud wanita dari tulang rusuk yang bengkok jika kamu cuba meluruskan dengan rakus ia akan patah. Tetapi jika kamu membiarkan,ia akan terus bengkok selamanya. Wanita itu harus dipimpin,dilindungi, dan disayangi. Hargailah wanita duhai para suami. Hadirnya ia dalam hidupmu adalah pilihan Allah. Adakah kamu sedari? Dan dijadikan ia untuk kamu, dipilih ia untuk kamu. Tanpa jemu melayan kerenahmu dengan sabar kerana ia mengharap keredhaan Allah. Merelakan hatinya menahan sebak tika kamu meminta untuk menduakannya. Itu hati suci cinta seorang isteri terhadap suami kerana Allah. Tetapi hati seorang anak, sanggupkah ia melihat ibunya sering menangis, sanggupkah hatinya bertahan tanpa kasih sayang seorang ayah? Kuatkah hati kecilnya bertahan kerana kamu lelaki,.?

Itu pandangan aku pada hatinya dan apa yang aku tahu padanya, dan apa yang aku nampak padanya. Tetapi hatinya hanya ia yang mengerti sendiri. banyak perkara tentang dirinya yang sering disembunyikan dari aku. Sedang aku sahabat mengerti saat suka dan dukanya. Siapa tahu dasar hatimu teman, yang terzahir senyuman. Moga kamu tabah dengan ujian ini duhai teman. Bersyukur masih dikurniakan seorang lelaki yang digelar ayah berbanding insan lain yang tiada lagi kesempatan untuk panggil ‘AYAH’ atau luahkan lafaz yang terpendam. “Abah..saya sayang abah.” Selagi masih berpeluang berdoalah moga ALLAH beri petunjuk padanya. InsyaaALLAH.

“Aaana..”
“Eh,..ya..ya..saya, kenapa Ina?..”
“Dengar  tak? nama pensyarah tu. Sedapkan sesuai dengan orangnya..”
“Haa’ha,..sedap boleh makan,.amboooi puji meninggi ni?“ jawabku untuk menyembunyikan rasa bersalah kerana tidak menumpukan perhatian terhadap teman kesayanganku ini.
“ Eh..Ana ce tengok tu,..pensyarah tu lah..itu lah pensyarah yang aku kata tu..” kata Ina sambil mengarahkan tangannya ke arah penyarah yang sedang makan bersama rakannya di kafeteria utama.

Tanpa sempat menoleh, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. ‘Iman Muizz’ terzahir namanya di screen telefonku.
IMAN MUIZZ: SALAAM,. Lama tak hubungi. Macam mana kesihatan sekarang..? keadaan..? maaf jika mengganggu anti.
Hati ku sekali lagi merintih. Muizz sekali lagi kamu mengecewakan aku. aku mungkin kurang mengerti sedalamnya tentang ini. Tetapi aku cuba mencari untuk mengerti. Teman-teman sering menyatakan. Yang dibenarkan islam, hubungi lelaki hanya untuk perkara penting sahaja. Muizz, Kita sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Mukmin yang sejati tidak mengulangi kesilapannya dua kali. Cukuplah kamu telah mengecewakan aku buat kali pertama tika aku sedang mencari-cari mengenal islam. Kamu mengenalkan aku cinta islamik. Tetapi kamu seharusnya lebih mengerti hukum itu. Kemana ilmu yang telah kamu dalami selama ini? Tahukah kamu?, Sukar aku mencari ilmu itu untuk memahami. Tetapi kamu membiarkan ia pergi. Amatlah rugi mensia-siakan kesempatan yang telah Allah beri.

Ina menarik tangan ku agar cepatkan langkah ke kafe. Aku meminta izin untuk ke tandas. Langsung tidak sempat menoleh ke arah pensyarah itu. Hiba hati ini. Mengenangkan kisah lalu. Aku telah Memberi hati pada insan yang tidak sepatutnya. 
“Ana sedih dengan diri Ana!  Ya Allah mengapa aku sering di uji dengan kehadiran lelaki dalam hidupku. Ya Allah pelihara hatiku. Ana dimana martabat hatimu yang seharusnya kamu jaga.” Bisik hatiku dalam mujahadah menjaga hati.

Setelah makan Ina ingin menemui pensyarah biologinya itu untuk bertanya tentang cell respiration. Aku diperlawa untuk menemaninya tetapi aku menolak lembut. Aku ingin berehat rasa letih dengan hati yang hiba ini.

kuliah bermula pukul 3 p.m. setelah solat zohor aku berasa letih kerana terlalu memikirkan sesuatu perkara lalu tertidur. Aku tersedar tika handphone ku berbunyi. 
IMAN MUIZZ: Ana..kenapa anti tak balas mesej ana?, ana cuma nak tahu keadaan anti dari anti sendiri. Ana dengar anti pengsan di dewan kuliah minggu lepas. Anti sakit apa? Ana risau keadaan anti. 
Sekali lagi Muizz kamu mengecewakan aku. Kenapa masih mesej aku. Adakah kamu masih tidak mengerti?.atau aku kah  yang tidak mengerti. Aku berasa tertekan memikirkan batas pergaulan. Adakah Allah meredhai semua ini? Terlalu memikirkannya menyebabkan sakit itu kembali. sekali lagi aku tidak dapat ke kuliah.
Seminggu berlalu. Kamu tidak jemu teks aku dengan pelbagai kata,

IMAN MUIZZ: Salam,. Ana..kenapa tidak pernah balas mesej ana. Teruk sangat kah ana pada anti,? ana tak minta apa-apa. Cuma ana bimbang keadaan anti. ana nak tahu keadaan anti. Kalau boleh ana nak jaga anti. Lindungi anti. and I wish that time had come..but,.. hmm ana tak tahu kenapa ana masih tak boleh untuk  tidak pedulikan anti. dan ana tak tahu macam mana menjadi seperti anti yang tidak pernah peduli tentang ana. Tentang kesilapan lalu Ana harap sangat anti dapat maafkan ana.. maaf..perasaan ana pada anti masih seperti dahulu,...salaam.
Muizz..meskipun kamu tak dengar..
“cinta Ana bukan untuk seorang lelaki”
“cinta Ana bukan untuk seorang lelaki,..
maaf,..
cinta Ana bukan untuk seorang lelaki,..
tetapi cinta Ana hanya untuk seorang insan,..
dan Ana tidak akan benarkan lagi hati ini mencintai seorang  lelaki,..
maaf,.. sekali lagi,
cinta Ana bukan untuk seorang lelaki,..
biar siapa pun dia, insan yang Allah akan izinkan untuk Ana berikan Cinta ini keranaNya,..
maaf..,
yang pasti cinta ini bukan untuk seorang lelaki,..
bukan untuk seorang lelaki,..
dan Ana akan pelihara hati ini,..
cinta Ana bukan untuk seorang lelaki,..
selagi Ana hidup cinta Ana bukan untuk seorang lelaki,..
hati ini bukan untuk seorang lelaki,..
maaf,..
tiada alasan untuk Ana berikan cinta dan hati ini pada seorang lelaki,..
dan Ana akan doakan moga ALLAH pelihara cinta ini bukan untuk seorang lelaki,..
pelihara cinta ini agar tidak diserahkan pada seorang lelaki..
dan moga Allah tutup hati ini agar tidak terbuka untuk seorang lelaki,.
tidak sanggup Ana serahkan hati ini pada seorang lelaki,..
Amanah menjaga hati ini hanya untuk seorang insan..
Ana akan jaga hati ini,.cinta ini keranaNya..
tetapi bukan untuk seorang lelaki,..
sekali lagi,,..
cinta Ana bukan untuk seorang lelaki,..
tetapi cinta Ana untuk seorang lelaki..
seorang lelaki yang mengangkat martabat seorang wanita kepada seorang isteri,..
Ana hanya akan berikan cinta dan hati ini,
hanya untuk dia insan yang bergelar
'suami',..
insan yang halal untuk Ana berikan hati ini,..
insan yang Allah pilih untuk Ana serahkan cinta ini..
Moga ALLAH berkati,.
dan diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi samudera kehidupan selama waktu tanpanya disisi,..
moga dia dijagaNya dari dunia fatamorgana yang menutup pandangan dasar iman..
cinta ini hanya untuk dia, keranaNYA,...”
dua bulan berlalu, tanpa menyedari waktu berlalu dengan pantas, aku telah dipilih untuk menjadi timbalan dalam lajnah sebuah organisasi dibawah unit pendidikan islam. Pensyarah pembimbing bagi lajnah aku ialah ustaz yang bernama Amier Mujahid. Ketua lajnah ku, Fitri memberi nombor telefon ustaz itu agar mudah untukku berurusan. Dalam kesibukan aku berurusan mengendalikan sebuah program sedikit sebanyak dapat membantu aku melupakan segala yang berkaitan tentang muizz. Kata orang, perasaan itu. Jika tidak mampu untuk dibuang tapi harus di urus dengan caranya. Jangan terlalu ikutkan hati. bahaya,..
setelah enam bulan habis satu semester.. aku perhatikan kamu semakin hebat. IMAN MUIZZ.. Alhamdulillah hebat kepimpinanmu. Moga kamu terus menjaga hatimu. Itulah harapanku sebenarnya ingin melihat para mujahid terus bangkit. Bangkit memperjuangkan agamanNYA dan jauhi perkara yang melemahkan para mujahid. Bukan leka dengan keindahan dunia semata-mata.
“Ana,. tadi pensyarah biologi Ina tanya tentang Ana. Tentang Norhana Abdullah. Ana bagaimana pensyarah itu kenal kamu?” Tanya Ina dengan hati sayu.
“kenapa Ina? Ana tak tahu pun. Pensyarah biologi mana? Yang mengajar Ina? Maaf Ina, sebenarnnya Ana tak kenal pensyarah Ina tu. itu mungkin Norhana Abdullah lain. Ramai lagi student dalam kolej ni.” Terangku agar ia mengerti.
“ Tapi kenapa En A.M tu tanya Ina, kenapa dia tak tanya orang lain..?” Tanya Ina sambil melihat jam di tangan. Sebelum sempat aku menjawab persoalannya ina meminta diri untuk ke kuliah kerana telah terlambat.
Tut...tut.. handphone  ku bergetar,.
AMIER MUJAHID: salam.. macam mana keadaan anti sudah sihat.? Ana rasa meeting perlu ditangguh dulu. Fitri beritahu anti tak sihat. Ana ada kirimkan air zamzam dan zaffaran pada Fitri. Anti boleh ambil pada Fitri. Pemberian ini dengan tujuan ikhtiar agar anti boleh cepat sihat. Moga dapat jalankan kerja membantu agamaNya dengan baik. InsyaaAllah.. jaga diri tu jangan lupa. Salaam.
NORHANA: wasalaam.. terima kasih ustaz kerana selalu ambil berat tentang lajnah dan ahlinya. Tapi tak perlulah susah-susah membantu insyaaAllah saya boleh usahakannya,. terima kasih. Dan Tapi tak perlulah kerana saya ditangguh meeting itu, esok pukul 5 petang di masjid saya hadir. Dan saya dah bincang dengan  Fitri tentang ni. Maaf menyusahkan ustaz dan sahabat-sahabat. Wasalaam.
Semakin lama aku telah terbiasa dengan kebaikan ustaz. kebiasaan menghubunginya tentang urusan kerja semakin menyebabkan aku terbiasa dengannya. Tidak pernah lekang menghantar peringatan kata-kata nasihat padaku. Membuatkan aku semakin tabah mengharungi kehidupan.Dan semakin hari aku semakin terbiasa dengan pemberiannya. Sehingga aku terlupa sesuatu perkara. Berhubung atas dasar kerja mengaburi mataku tentang itu. Syaitan tidak pernah putus asa menarik manusia kelembah hina sehingga sekecil-kecil perkara diusahakannya. misi utama mereka itu hati, dan misinya juga adalah perkara kecil yang manusia sering terlepas pandang. Kerana dari kecil itu datangnya perkara yang besar. Seperti matlamat tidak menghalalkan cara. Usaha syaitan agar yang haram itu nampak halal di mata hati manusia. Melihat teman seperjuangan ku juga ada yang menghubungi kaum adam bukan sahaja atas dasar kerja, juga ada yang mengaitkan emosi dan perasaan dalam sesuatu gerak kerja sehingga syaitan memulakan gerak kerjanya menyentuh hati dan hati. menyebabkan Aku semakin keliru dan keliru.
AMIER MUJAHID: salaam..
NORHANA: wasalaam ya..? ada apa-apa yang perlu saya bantu.
AMIER MUJAHID: Ana sihat..? lama tak nampak Ana belakangan nie..
.................
AMIER MUJAHID: salaam.. kenapa dah sebulah tak balas mesej ana..  ana minta maaf dah mengganggu anti.. salam’alaik.
Amier kalaulah kamu tahu, Ina sudah semakin jauh. Atas tindakan Amier yang sering bertanya tentang aku pada pelajarnya yang mengenali aku menyebabkan berita tersebar tentang aku dan Amier Mujahid.  Allah.. Ina .. Ana tak pernah tahu ustaz  Amier Mujahid itu ‘En A.M’ yang sering kau maksudkan itu. Maaf teman, Kerana aku terlalu sibuk akan diriku hingga terlupa tentang kamu. Ina bertambah menjauhi aku tika mengetahui ustaz muda yang sering aku sebut itu pensyarah biologinya, dia semakin kesal denganku kerana aku mengatakan aku tidak mengenalinya. Sungguh aku  tidak mengenali pensyarahmu itu tetapi aku mengenali ustaz amier. Aku tidak mengetahui dia orang yang sama. Meskipun aku dan Ina dekat tapi hati kami jauh. Dan semakin juah tika ia mengetahui banyak aku terima pemberian dari ustaz Amier. Hal pemberiannya itu menghangatkan lagi cerita tentang aku dan Amier.
Katanya,  Amier  Mujahid sering menasihatinya dan selalu beri padanya barang ilmiah dan islamik yang dapat Ina manfaatkan untuk agama. Meskipun mempelajar agama di sekolah. Ina sering bertanya tentang agama padanya. Dan pertanyaan itu beralih pada pertanyaan tentang masalah peribadinya, punca yang menyebabkan ina hampir membunuh diri. Sejak itu ustaz muda itu sering menasihati dan mengambil berat tentangnya. Kebaikan itu menyentuh hatinya. Dan dengan nasihat itu Ina menjadi seorang yang bersemangat tinggi. Tanpa disedari, ina menyimpan harapan pada ustaz Amier. Usah dikata ina, bukan sahaja dia malah terlalu ramai pelajar ustaz amier yang menaruh hati padanya dan kebaikannya.
Duhai kaum adam usahlah terlalu menunjukkan reaksi yang mampu menyentuh hati kaum hawa. Jangan memandang ia remeh. Kerana yang kecil itu punca kepada perkara yang besar. Usahlah menyentuh jika tidak berniat untuk memetik. Dan kaum hawa mahalkan mahar maruahmu. Jangan mudah memberi hati yang tulus itu. Selembut hati  wanita tidak selemah itu dan tidak semudah itu. Hati kita dijadikan tinggi martabatnya hanya untuk seorang insan yang di pilih khas oleh ALLAH untuk kita. Selembut hati wanita bukan melemahkan tetapi mampu membakar semangat seorang pejuang. Peliharalah permata berharga itu.
Aku menyendiri di masjid. Satu mesej yang benar-benar membuatkan aku tersentuh.
IMAN MUIZZ: Salaam.. mukmin sejati tidak akan mengulangi kesilapannya dua kali. Hati nurani dikurniakan kepada kita agar kita dapat memandang sesuatu di dunia ini dengan hati. Baik buruknya manusia ditentukan oleh cara ia menjaga hati nuraninya. Baik hati nuraninya, maka baiklah seluruh jiwa yang ada dalam dirinya. Bahagialah mereka yang memanfaatkan kesempatan untuk menjaganya dengan baik “yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-zumar: 18). Hati dan pancaindera adalah amanah, gunakan ia dengan sebaiknya.. ia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita menjaganya dengan baik supaya tiba masanya kita dapat menunjukkan catatan yang baik apabila ditanya kelak. InsyaaALLAH.. bersabarlah dengan kata manusia. Utamakan pandangan ALLAH dari pandangan manusia. Jaga hatimu.. salam’alaik.
“Ya ALLAH tabahkan hatiku.. andai aku masih lemah melangkah namun tidak pula aku mahu mejadi lemah selamanya.”
Semua rakan-rakan bercerita tentangku. Tika aku jalan mereka menjeling aku atas dan bawah. tika aku duduk mereka memerhati, dan tika aku berkata tiap baris ayatku diteliti. Maka terzahirlah tiap kelemahanku. aku tidak selesa dengan keadaan ini. Tetapi janganlah kamu bercerita sesama kamu. Ya..  Aku tahu  dan aku sedar siapa aku, sehingga dikaitkan dengan insan yang hebat sepertinya. Setiap gerak dan langkahku diperhati. Sehinggakan setiap kali handphoneku berbunyi mata mereka memerhati. Mengapa layan seperti aku tiada harga diri duhai teman. Aku insan biasa juga punya kelemahan. Hal ini menimbulkan pelbagai prasangka dan andaian. Dan akhirnya wujudnya fitnah. Yang mungkin tidak disedari.

Begitu tika Allah hadirkan insan itu berkali-kali menemani bahtera ku tika aku memerlukan, saat istikharah yang ku pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa ku menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu aku mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai.. agar utusan hatinya sentiasa menemani aku, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat aku alpa..selemah  manusia.

Saat  aku menerima darinya, saat aku mendengar ratib bahasanya. Mengikut tunjuk ajarnya tentang hidup islam, mengajar aku tentang kehidupan. saat ia memimpin aku keluar dari lorong kegelapan.. Dan tabahkan diri ini menghadapi ujian hidup. Saat ia sering membantu hidup aku yang tidak lekang dengan masalah dan dugaan yang sering melemahkan aku. Saat ia memberi kekuatan,. 
Dan saat itu, Aku disedarkan dengan teguran sahabat-sahabat yang menyayangi aku tentang menjaga hati. juga satu teguran dari seorang insan yang betul-betul mengguris hati ini. Aku tahu khilafku tetapi kenapa perlakukan aku seperti itu, setelah insan lain perlakukan aku begitu, ternyata kamu juga begitu.

Aku tidak kecewa dengan tindakanmu, Cuma aku sedih. Sesedih hati manusia. Aku sedih tika satu saat akhir Allah mengizinkan aku untuk mengetahui sesuatu, bahawa selama ini kamu seorang sahabat yang mencari-cari tahu perihal aku dari insan-insan lain. Tetapi kenapa tidak bertanya padaku sedang aku dekat denganmu. Aku ini sahabatmu. Sahabat yang punya hati. Kita punya hati yang harus dijaga. Tetapi jangan kerana hati itu kita jauh hati..

Aku tidak akan lagi menyusahkan ustaz amier seperti katamu sehingga terganggu kerjanya dalam mendidik anak bangsa. Mengganggu prestasinya sebagai seorang yang hebat. Aku tidak pernah menyangka seperti itu. Aku tidak akan menyusahkan sesiapa lagi dan tidak akan bertanya padanya lagi soal agama dan keadaaan hidupku ini, sehingga aku lupa ia juga manusia juga punya masalah. kini biarlah aku merintih tika bermunajat hanya pada Allah. Dan dengan ini aku tidak akan menyakiti hati insan-insan lain lagi. Kerana aku tidak selemah itu, aku juga mampu untuk berdikari dari mengharap bantuan manusia semata-mata.  Aku punya Allah yang nyata lebih memahamiku.
 “and i can do it!”  detik hatiku dalam memujuk hati.
Dan hakikatnya tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir ku memberi masalah padanya.. kewujudanku tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan aku terpaku tiba-tiba, dari doa yang ku pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa?, apakah nasihat dan kata kita me’lagha’kan jiwanya?..  saat kita bersahabat kerana agamaNya. Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya, maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna.

Ya Allah.. sebenarnya aku masih keliru. Yang aku lihat, kenapa mereka juga begitu? Yang menegur juga melakukannya. Kerana itu menjadikan aku semkin alpa. Dan yang menghubungiku juga bukan insan-insan yang tidak memahami. Apa garis panduan batas pergaulan sebenarnya teman? Mengapa insan-insan yang seharusnya aku jadikan contoh tidak menjadi contoh. Aku baru memahami erti,. erti sebenar islam yang seharusnya aku dalami sejak dulu,. dan tidak sesekali langkah ini akan terhenti.
aku mengerti silapku. Dan aku mula mengerti tidak semua insan sempurna dan jauh dari khilaf. Khilaf itu lumrah. Setiap insan pasti melakukannya. Cuma minda sedar kita tidak boleh terima jika ia dilakukan golongan yang hebat pada pengetahuan agamanya. Iman itu berkurang dan bertambah. Itu hakikat kita manusia yang lemah. Sentiasalah memperbaiki diri tika kamu menyedari. Benar ALLAH sedang menguji setiap kata yang terzahir. Dan baru aku mengerti mengapa digariskan batas antara pergaulan lelaki dan perempuan,.. duhai insan yang mempelajari. Zahirkan ilmu yang telah kamu pelajari agar dirimu dan insan disekelilingmu terjaga kerana 

"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil." (khutbah terakhir baginda, Rasulullah SAW)
Satu Mesej dari seorang insan, seperti memahami hatiku tika ini. Menggunakan nombor sahabatnya. Menghubungi aku dengan pengetahuan sahabatnya. Satu langkah kerana Ingin menjaga tulus hati yang perlu dijaga.


019-5433345:  Salaam.. “sesungguhnya kita menjadi kuat dengan bantuan Allah, dan tak pernah akan menjadi lemah dengan pertolongan Allah. Kita juga mulia kerana Allah, dan tak pernah akan hina kerana Allah, kaya kerana Allah dan tidak akan pernah jatuh miskin kerana Allah..” ( Hassan Al-Banna)......jaga hatimu..salam’alaik..(Iman Muizz).

Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.  Jika itu telah tersurat maka tiada tempat lain untuk kita selain menghadapinya. berusaha dan ikhtiar. Menyelesaikannya, begitu indah tarbiahnya seni didikan penuh yang tidak mampu untuk kita tafsir,.  Allah tidak menjadikan sesuatu yang sia-sia pada kita. hikmahnya yang tidak tercapai akal kita untuk mengetahuinya, pengetahuan kita tidak seluas pengetahuanNya..

jika kehadiran ini telah banyak menyusahkan insan-insan diluar minda  sedar, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Dan membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana
..Daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin..
Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

mengenang satu doa dari seorang para utusanNya yang diberi ujian.. moga diberi kekuatan.. Lemahnya kita sebagai hamba.. mudah terleka dengan keasyikan fana yang indah dipandangan mata.. ditutupi oleh musuh yang nyata..
tetapi..
“sesuatu yang suci itu,..bukanlah melemahkan tetapi membangkitkan jika ia benar-benar  disirami iman atas dasar yang Maha Esa”..

“Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi 
ajakan mereka padaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan 
daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk 
(memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk 
orang2 yang bodoh.”(QS. Yusuf 12:33)
Jaga dirimu IMAN MUIZZ,  AMIER MUJAHID.
 Jaga  hatimu  agar  tidak lemah dengan bisikan kehalusan godaan
fitnah dunia. Jaga hatimu  para mujahid.
Dengan ditemani titisan mutiara dipipi aku menulis tinta ini di 
kalam hatiku agar ia berbicara padaku di suatu ketika,
Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah.. pada siapa harus ku rintihkan hati ini selain padaMu tuhanku..
yang sesungguhnya mengerti sirat hatiku..
istikarah keyakinanku pada Mu tuhan..
terngiang di fikiran mimpi kecilku..
ciri-cirinya menyentuh hatiku waktu ini..
Ya Allah Engkau Mengetahui kebenaran..
rahsia dalam 'genggaman' Mu..
berwaktu ku jaga hati dari sesuatu yang patut ku jauhi,.
jika takdir ini ujian untukku,.Kau tabahkan hatiku..
Ya Rabb..
lemah tak daya ku tanpa Mu ..
tak sanggup ku serah hati ini pada 'dia' yang bukan milik abadi ku..
bantu aku Ya Rabb agar hatiku tertutup..
tertutup dari terbuka untuk insan yang bukan pemilik kunci hatiku..
Ya Allah..
jika 'dia' takdirku.. tercipta ku untuknya..
maka peliharalah kami agar kami tidak lalai..
temukan kami dalam keadaan yang Engkau redhai..
selamatkan kami dari kebinasaan..
Tuhanku..
jika benar detik hati ini..
jika benar tanda tersirat dan tersurat setelah munajatku padaMu..
Kau kuatkan hati ku..
agar ujian ini dapat ku atasi dengan penuh kesabaran..
berilah  aku  petunjuk  agar aku tidak silap memilih arah..
Ya Allah janganlah kau benarkan hatiku
terbuka pada insan yang bukan milikku..
tak tegar aku..atas ketidakadilan aku menyerah hatiku pada 'dia',
sebelum dia yang benar untukku..
jika saat ini telah kau temukan kami,.
maka peliharalah jodoh pertemuan ini sebelum saatnya dengan redhaMu..
jika belum..temukan kami dengan hati yang redha keranaMu..
Tuhanku..
............................

“Cinta Ana bukan untuk lelaki tetapi untuk seorang lelaki yang mengangkat martabat seorang wanita sebagai seorang isteri”
Tak pernah aku terfikir perkara-perkara seperti ini akan berlaku..jika hanya kaitan hati aku tidak akan peduli tapi jika kaitan dengan naluri islam,..tidak sanggup ku biarkan ia walaupun sekecil zarah,. kerana ia adalah punca bagi yang besar. tidak sanggup ku pandang remeh sesuatu yang berkaitan agama yang dipertahankan selama ini.


***************************************************************






Dan padamu Teman.. Ana dah terima surat dari ina, insyaAllah Ana faham dan berusaha untuk mengikutinya. dan Ana akan cuba untuk memaafkan dan melupakan segala-galanya yang telah berlaku. dan Ana cuba untuk tidak akan mengingati walau sedikit pun. cuba sedaya yang mampu.
jika itu yang terbaik buatmu teman.


Ana rindu ukhwah kita Ina. kita hanya berpisah jasad. tetapi bukan pada hati.
dan temanku jangan kerana hati, kita ketepikan cinta saudara.
cuma selamanya ini Mengapa kamu tidak pernah hadir dan bertanya padaku..? 
agar terjawab segala persoalan diruang jiwa yang mengganggu ketenteraman hatimu..? mengapa mempersoalkan sesama sendiri.. dan akhirnya terbit pelbagai persoalan dan seharusnyakah sesama sendiri menjawabnya..? adakah kamu meragui aku? mengapa..?
teman..sejauh  manakah benar kenyataanmu itu,..? sahabat,.. dari sinilah timbulnya prasangka .. adakah kamu sedari..? mempersoalkan dan berbicara sesama sendiri perihal insan lain, tidakkah  berdosa..? maaf ku tidaklah pandai soal hukum ini.. kamu lebih mengerti kerana telah mendalaminya..  tetapi apa yang telah ku fahami, sedarkah ia telah menimbulkan dua khilaf dalam sesuatu keadaan??.. dan dalam keadaan lain prasangka yang lahir dari hati, akhirnya terzahir dengan kata-kata bicara yang didengari hati yang lain.. dan mempengaruhi persepsi mereka.. sedarkah kamu telah menimbulkan sesuatu yang besar? Ingatlah,. untuk kita pulihkan kembali persepsi orang bukan sesuatu kerja yang mudah,. apatah lagi yang melibatkan ramai insan,. Meskipun padamu kecil,..dan tanpa niatmu..ia menimbulkan sesuatu yang menjadi fitnah ke atas dirinya..sahabat,. sedarkah kita telah menzaliminya tanpa kita sedar,...
Sahabat,..
Seorang manusia yang adil dalam sesuatu urusan tidak berat sebelah timbangannya.. janganlah kita hanya mengikut kata hati dan hanya menurut apa yang kita lihat dan dengar.. pernahkah kita sedar mungkinkah ada perkara yang tidak kita ketahui?..adakah kita bertanya?...
 sahabat, dalam menyatakan sesuatu perkara.. nyatakanlah tujuan dan matlamat utama yang tepat,.. usahlah menyatakan sesuatu mengikut kata hati dan perasaanmu temanku,.. kerana ia bisa melukakan,..
Sahabat,.. aku sedari kekurangan ini,.. kesilapan ini,.. aku juga punya hati sama sepertimu,.. mengapa tidak hadir disisiku bertanya dengan hatimu dan hatiku seperti dulu??... siapa aku kini ,..? tidak layakkah aku..? Andai hadir seorang sahabat yang brada dsisiku memegang bahu ku yang hina ini yang penuh dengan memikul bebanan dosa,..tidak layakkah aku yang punyai hati yang penuh dengan palit dosa dan maksiat sehingga diperlakukan begini..??
Sahabat,..
Adakah kamu duduk sebentar bertanya mengapa air mata ini murah sangat digugurkan,...?  adakah kamu pernah bertanya..?
rambut jika tidak sengaja diselak tidak akan Nampak parut didahi,.. dan setiap parut ada puncanya.,tidak mungkin wujud dgn sendiri,.. tetapi kenapa kamu hanya menilai pada ‘parut’ tersebut tidak pada puncanya,.. kerana kamu tidak mengetahui,..? jika kamu seimbangkan keduanya dalam nilaianmu, kamu akan mengerti..
sahabat,.. amatlah bahaya jika ia tidak tepat dengan sesuatu yang kita ungkapkan.. ku akui kesalahanku,.. kekurangan ini dimatamu,.. dan dimindamu.. dan ku fahami tiada masalah yang hadir bukan dari diri sendiri..
 teguran itu adalah membangkitkan bukan menjatuh semangat seseorang apabila mendengarnya.. nyatakan dengan cara yang membangkitkan bukan melemahkan semangatnya,..dan menyebabkan sehingga ia rasakan dirinya tidak berguna,..
ku telah jawab persoalan-persoalan yang telah kamu timbulkan,.. tetapi timbul persoalan baru,.. lagi dan lagi,.. mengapa duhai teman..??  mengapa tak pernah senang aku di matamu........????
 setelah aku jawab wujudlah perkara lain... sahabat,.. apa yang kamu mahukan sebenarnya,..? nyatakan, aku mengerti,...
DIA, ALLAH Mengetahui segala sesuatu yang tidak nampak dgn pancaindera dan yang tersembunyi didalam hati..
sahabat,. yang tersembunyi didalam hati, mengertikah kamu,,..? ALLAH dan kamu lebih mengetahui..
aku juga punya hati.. hati yang aku sendiri tidak mampu tafsir dengan minda sedarku,.. sahabat aku mengerti maksud tersirat dari tindakan di luar minda sedarmu selama perkenalan kita..
Sahabat,.. pahit untuk aku diamkan, juga pahit untuk aku suarakan,.. tetapi untuk kali ini izinkan aku bersuara dalam ‘melihat’ dirimu pula temanku,.. izinkan aku pula menjadi cermin untuk menyuluh dirimu agar kamu Nampak dan lihat dari hatimu,.. dalam banyak perkara tentang kamu, cukuplah hanya ini yg inginku tekankan.,sesuatu yang tidak Nampak dengan mata,..yang tidak boleh didengar dengan telinga.. dan rasa dengan tangan,.. tetapi jika dilihat dengan seluruh pancaindera dan pandangn dari dasar hati..akan terzahirlah ia,..dengan izin Allah.
Selama waktu perkenalan kita,.. sungguh hanya engkau, aku dan bersaksikan Allah  yang Mengetahui,.. salah satu perkara yang ingin aku sentuh,.. ingatkah lagi duhai teman,..siapakah IMAN MUIZZ ..? yang kamu sering bicarakan kebaikannya untuk ku,.. dan izinkan aku sebut seorang insan lagi,..  AMIER MUJAHID,,..? bezakanlah caramu duhai teman.. Aku yakin kamu faham maksudku,..
aku kagumi,..  kesungguhanmu,..belum pernah lagi aku temui insan sepertimu sebelum nie,.bersyukur kerana diberi peluang,..
Seorang insan yang punyai sesuatu hati yang amat mendalam terhadap sesuatu,.. yang membentuk naluri yang sukar ditafsir,.
Teman,..ketahuilah hari ini, tika ini,waktu ini dan saat ini,.,..tiada lagi takbir yang mampu menutupi sirat hatimu itu,..yang tanpa sedarmu telah tersingkap,..setelah  saat ini aku kenangkan kembali setiap detik dan waktu selama  ALLAH hadirkan kamu dalam hidupku,..mengenang setiap tindakan mu dan kaitan dengan keadaan yang  telah berlaku,.. diam aku mencari erti,.dan kini segalanya telah membuktikan duhai teman..
maaf  sahabat,..kerana menyentuh soal ini,..tetapi inilah hakikat yang harus diterima,. seperti nasihat  sahabat2,.. berhati-hatilah  dengan hati kerana hatilah tempat pertama jatuhnya  pandangan ALLAH,.dan seharusnya  kamu lebih mengerti hatilah misi pertama syaitan,.. dalam menilai insan lain,. mungkin kadangkala kita tidak pernah sedar,.. itulah manusia,..
Sahabat,,.. mungkin ini kata-kata terakhirku,.. apa yang telah terjadi tidak dapat diundur kembali,.. setiap manusia ada kekurangan,kelemahan, silap dan salahnya tersendiri,.. kekurangan dan khilafku sedang aku perbaiki tetapi hasilnya masa yang menentukan selagi mana aku berusaha.
.sahabat,.. semua ini jadikanlah kenangan yang memberi  pengajaran dalam hidup kita,.. mungkin kita  tidak  akan merasa kenangan seperti ini lagi,..dan landasan ini bakal berakhir.. Maafkan ku teman...
Maaf,..dan terima kasih,..atas segalanya,..
Moga ALLAH temukan kita dengan hati, bukan dengan pandangan yang mengukirkan senyuman dibibir,..
Teman bukan aku tidak mahu mendekatimu,.. Cuma aku bimbang menyakiti hatimu lagi,. maaf  teman,..Hanya ALLAH yang mengetahui hati ini mengharap kamu bahagia,.. dan menyayangimu keranaNYA,.. tetapi manusia itu lemah,.. banyak khilafku utk menzahirkannya,.. mungkin caraku silap dalam barsahabat dengan hamba2Nya  yang lain,. maaf,..atas segala khilaf,..
Moga kamu mendapat apa yang kamu inginkan.. =)


The last one..
****************************************************
“uuummi..iman nak makan kek. Abi dah tunggu kat bawah. Jom umi..”
Panggilan Iman muizz yang comel menyedarkan aku dari mengenang waktu silam. Ditarik tanganku ke arah suamiku.
Melihat  wajah tenang suamiku mengukir senyuman tika melihat tingkahku ditarik Iman mengusik hatiku. Berdiri disamping meja melihatku sambil memegang kek hari lahir anakku Iman Muizz yang telah berusia genap tiga tahun. 

melihat detik ini, Terkenang detik perkenalan aku dan suamiku.. sungguh jodoh itu tiba, Allah pasti akan aturkan pertemuan yang lebih baik dan lebih mulia jika sampai saat untuk kita berusaha memilikinya kerana ALLAH. Menjaganya kerana Allah. Allah pasti akan bantu. 
*********************************************************************************
“ Ana macam mana dengan pinangan itu..?” Tanya ibuku kerana sudah sebulan aku masih belum memberi jawapan.
“ Ya Allah bantulah hamba MU ini agar mampu menerima seorang lelaki.. setelah apa yang terjadi memudarkan hati ini..” hati ini pudar. Hilang kemana kepercayaan pada lelaki. Takut untuk meletak harapan pada lelaki. Dan seharusnya hati ini diserahkan sepenuhnya pada ALLAH. Ya ALLAH tunjukkan jalan yang Kau redhai..

Ibunya hadir menemui aku dan kelembutan bicaranya menyentuh hatiku tentang dia, ibunya hadir menenangkan hatiku setelah mendengar berita dari ibuku bahawa aku masih belum memberi jawapan. Dengan kelembutan ibunya,.menggerakkan hati aku untuk mengetahui perihalnya. keluhuran dan kesungguhan hatinya dari apa yang aku dengar dari ibu, abah dan adik-adik telah menyentuh hati ini terbuka untuk menerimanya.

Sepanjang majlis ijab Kabul, aku langsung tidak mampu melihat wajahnya.
Dan suatu ketika..

“kamu...?” kataku sambil melihat wajah suamiku,..
“ Ya..saya..Muhammad Ikhwan Fitri” katanya memperkenalkan diri seperti aku tidak mengenalinya.
“ Anta berani yaa..dalam diam..” kataku sambil menundukkan pandangan. Malu rasanya.

Wajah ini kembali mengukirkan senyuman. Dan sesi taakruf kami mengembalikan keceriaan diwajahku tidaklah hambar seperti waktu diijab kabulkan. Tidak tahu dari mana tiba-tiba terbitnya bahagia ini dihati dengan hanya melihat wajah seorang suami yang dulunya ketua lajnahku. Tidak disangka.

“ Ya dalam diam saya selalu doakan kamu, Ana. Saya hanya lihat Ana dari jauh. Kerana saya perlu menjaga hati ini. Itu amanah. Dan tika Ana menghadapi ujian saya tidak menyampaikan kata semangat seperti kata-kata Iman Muizz kepadamu. Tetapi ingatlah saya tidak pernah tinggalkan kamu, kerana saya yakin kamu tidak sendirian tika diujiNya. kamu ada Allah yang Maha Hebat kuasaNya. Dan  saya menyampaikan kata dan nasihat itu pada Allah agar Allah titipkan ia padamu. Kerana saya bimbang hati kita akan tercemar. Dan saya minta maaf kerana semua yang terjadi itu, salah saya membiarkan kamu berurusan dengan ustaz Amier Mujahid yang sepatutnya kamu berurusan dengan saya. Maaf isterku..kerana menjaga hati ini sehingga lupa menjaga hatimu yang baru memahami erti. Tika perkara itu terjadi saya sentiasa doakan Allah pelihara Ana.” Katanya dengan penuh rasa bersalah.
"Ya Allah,.tika sujudku berdoa memohon Engkau melindunginya. Dan tika aku meminta dia dijagaMu dari dunia fatamorgana yang menutup pandangan dasar iman. ternyata Engkau mendengarnya Ya ALLAH. Dan kini disaat aku hampir putus asa selemah manusia Kau hadirkan dia disampingku memberi kekuatan DENGAN JALAN YANG LEBIH KAU REDHAI. sungguh Kau tidak pernah tinggalkan hambaMu walau sesaat. Saat Kau menjaganya, dan Kau mendidikku dengan tarbiahMu agar aku lebih mengerti dan memahami hukum kalamMU. inilah yang Ana nantikan selama ini. ternyata masih ada ar-rijal sepertinya"  bisik hati kecilku.
Katamu itu membuatkan aku kagum padamu, Fitri. Kamu menolak ketepi egomu sebagai seorang lelaki untuk seorang isteri. Tetapi kamu meletak tinggi egomu untuk seorang wanita yang tidak halal untukmu. Baru aku mengerti mengapa ego sungguh kamu tika kita berorganisasi sehingga terkadang mencabar kesabaranku, geram betul.

“ Bagaimana anta tahu Iman Muizz mesej Ana..? Tanya aku kehairanan.
“kerana nombor yang sampai dalam handphone Ana itu nombor abang..” katanya sambil melihat wajahku


*********************************************************************************
“UMI..abi panggil umi tu..jom umi..” panggilan manja anakku menyedarkan aku kini berada disamping suamiku. ternyata aku bahagia dengan ketentuanNYA.

 Kita sebagai hambaNya hendaklah bersabar. Tika kita minta rama-rama diberi beluncas,lalu kita merintih. Dan tika kita minta bunga diberi kaktus, lalu kita merintih. Diminta pula pelangi. Dihilangkan matahari yang ada dan diberi hujan,. Lalu kita merintih mengapa Allah tidak memberi apa yang kita inginkan selama ini.. tanpa kita sedari.. beluncas yang diberi akhirnya akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Kaktus yang tajam itu, akhirnya akan mengeluarkan bunga. Dan dihilangkan keceriaan yang ada dengan menghilangkan sinar matahari lalu diturunkan hujan.. rupanya Allah ingin hadiahkan pelangi. Begitu kasihnya Allah pada kita. Tidak diberi kehendak, tetapi Allah beri apa yang kita perlu. Bersyukurlah dan berusaha, jangan putus asa. and remember,
 you can do it.!




1 comment:

  1. cerpen nie TAK ada kena mengena dengan sapa2..X ada kaitan antara hidup ataupun yang telah mati....hanya rekaan semata2.. kalau ada persamaan ianya HANYA satu IDEA yang mungkin akan terus berkembang..InsyaAllah.
    "bukan sesuatu realiti tetapi adaptasi..!"

    ReplyDelete