kisahku.
Usah Ditanya, “Mengapa?”
Pokok mawar yang semakin mekar menambah semangatnya untuk terus
tersenyum tika hati dirundung kesedihan. Inilah pokok pertama yang berjaya
Fiqah tanam setelah pemergian ayah buat selama-lamanya. Masih
segar di ingatan, selama ayah hidup Fiqah sering merosakkan pokok mawar
merah yang sering ditanam ayahnya di kebun bunga pinggir bukit. Fiqah sering
memetik bunga mawar itu dan menghiasnya di dalam bilik juga di telinga agar nampak
cantik. Fiqah amat suka akan mawar, terutama wawar putih dan merah. Tetapi kini
pokok mawar hanya tinggal kenangan. Ayah telah tiada. Pokok mawar itu telah
diganti dengan pokok orkid. Fiqah merenung sekuntum mawar dipinggir bukit bawah sebatang pokok yang rendang. Sewaktu angin meniup lembut wajahnya,
tanpa disedari air yang bertakung di mata membasahi pipi.
“ Ayah..Fiqah rindu ayah.” tangisan akhirnya terzahir di bibir.
Setelah ayah pergi hidup fiqah berubah dari langit yang cerah
bertukar mendung. Kemana hilangnya mentari yang sering menyinari senyumannya.
“ Hey, Fiqah kau buat apa kat sini. Anak keturunan
macam kau nie tak layak duduk di sini. Pergi!” kata Mak Ngah sambil
menolak dahi Fiqah sehingga tersungkur ke tanah.
Fiqah dihalau dari kebun orkid yang pernah diusahakan oleh arwah
ayahnya. Fiqah bangun dengan sebak dihati lalu pulang ke rumah. Kebun orkid itu
bukan lagi kepunyaan mereka setelah pemergian ayah fiqah . kebun itu telah
dipindah milik sewaktu ayahnya terlantar sakit . Mereka telah ditipu helah oleh
Mak Ngahnya yang sering bermanis mulut. kehidupan mereka semakin susah setelah
semua duit simpanan ayah terpaksa digunakan untuk membayar hutang-hutang ayah
tirinya.
“ Dari hari pertama saya kahwin dengan awak seSen pun duit makan
awak tak pernah bagi untuk fiqah. usah disebut nafkah, duit sekolah saya yang
tanggung sorang. Awak nie lelaki jenis apa. Duit asyik habis ja.
Pergi ke mana? Duit saya yang awak bagi pun awak ambil balik. Untuk masa depan
lah katanya. Tetapi ke mana? Sampai sekarang awak, jangan ingat saya tak tahu
awak buat apa kat luar, orang kampung semua dah bercerita. Saya cakap elok-elok
awak buat tak dengar ja. Awak dengar tak nieee!” kata ibu pada ayah.
“Ah.! Aku peduli apa. Dia bukan anak aku. Anak kau kan.
kau jagalah.!” Tengking ayah pada ibu.
Fiqah menutup kedua telinganya. Tidak tertahan hatinya
mendengar pertengakaran itu. Ayah sering mengendahkan kata-kata ibu. Setiap
hari mereka bergaduh menambah tekanan dihati Fiqah. Hati kecilnya semakin
tertekan tika hidupnya sering dicerca penduduk kampung dan saudara terdekat.
Saudara arwah ayah amat bencikan ibu kerana mereka fikir wanita miskin seperti
ibu hanya berkahwin dengan arwah ayah kerana harta. Dan pelbagai fitnah yang
dilemparkan pada ibu setelah pemergian ayah menyebabkan penduduk
kampung dan saudara ibu juga membenci ibu.
” Ayah.. Fiqah nak ikut ayah..” Fiqah menangis.
“ Fiqah tolong ibu boleh? Tolong ibu belikan telur dan susu
adik. Ibu minta maaf tak dapat berikan makanan yang enak untuk anak-anak ibu.”
Kata ibu pada Fiqah ketika melihat fiqah meletakan basikal di tepi bangsal. ibunya berkata dengan linangan air mata yang ditahan agar anaknya tidak
perasan tetapi tetap terzahir bagi Fiqah yang amat mengerti perasaan
ibunya.
Fiqah terpaksa mengayuh basikal sejauh 2 kilometer ke
pekan untuk ke kedai. Hanya itu kenderaan yang ada di rumahnya. Kereta dan
motor yang ada terpaksa diserahkan pada keluarga arwah ayah. kerana fitnah
antara ayah kamal dan ibu, keluarga ayah terus membenci ibu. silaturahim dan
hubungan kekeluargaan bagaikan terputus.
Fiqah memerhati satu persatu jenama susu tetapi tiada satu pun
yang sesuai dengan duit yang diberikan ibunya. Penduduk kampung hanya tahu
menghina atas kesengsaraan yang mereka hadapi daripada membantu. Baru fiqah
sedar sebaik-baik Penolong adalah Allah.
Kadangkala basikal fiqah ditendang sewaktu pulang dari sekolah.
hidup mereka semakin dicaci orang apabila ayah sanggup ke tempat kerja mengayuh
basikal sejauh 7 kilometer ke Bandar kerana tiada pilihan lain. Ayah kamal
diberhentikan kerja daripada bekerja di syarikat keluarga. Seluruh akaun dan
kredit ayah kamal dibekukan oleh datuk kerana fitnah itu.
Meskipun ayah kamal tidak bertanggungjawab terhadap Fiqah,
tetapi dia masih memikirkan anak serta isteri yang berjaya menarik hatinya dari
zaman persekolahan. Tetapi hasrat itu terhalang tika arwah adik tirinya yang berjaya memulakan langkah. Itulah hakikat yang harus diterima manusia. Jodoh itu
ditangan Allah. Apabila telah tersurat tiada siapa yang mampu menghalang.
Meskipun ayah kamal begitu tetapi usahanya yang sanggup bekerja
mencari rezeki yang halal dengan menaiki basikal melalui perjalanan yang amat
meletihkan. Itu yang mengagumkan fiqah. Cuma sikapnya yang ingin cepat kaya
denga cara yang mudah amat mengecewakan hati kecil fiqah juga ibunya.
“harga susu dah naik. Apa yang harus aku lakukan.?” Kata
Fiqah.
Fiqah terpaksa mengambil susu yang paling murah dari
kebiasaan. Tetapi apabila difikirkan Fiqah meletakkan susu itu semula. Adik
pertamanya ada masalah penghadaman perlu meminum susu yang disyorkan oleh
doktor dan dah tentunya harga yang mahal. Selain itu adik juga ada masalah
jantung. Lalu apa yang harus dilakukan Fiqah. Fiqah cuba untuk berunding dengan
tuan kedai itu untuk berhutang tetapi tidak dibenarkan kerana hutang yang
dahulu dah dua bulan tidak dibayar. Fiqah kembali semula ke rak susunan
susu itu, direnungnya sedalam-dalam. Hatinya tidak tertahan sebak.
“adik nak minum susu apa.? Berat badan adik dah semakin susut.
Doktor kata berat badannya dah tahap kritikal. Ya Allah tolonglah hambaMu ini,
adikku yang kecil itu tiada dosa Ya Allah. jika aku tidak mampu membeli
susu ini apa yang akan aku beri padanya. Adikku sakit, Ya Rabb.” Kata Fiqah
dengan nada rendah.
Fiqah berjalan perlahan keluar dari kedai itu menahan sebak di
hati.
“ Fiqah, mari sini.” Panggil tuan kedai itu.
“ Baiklah saya bagi awak susu ni dan telur untuk adik-adik awak
dan keluarga awak. Tetapi dengan syarat
awak kena bekerja di sini mulai esok. Faham ..? Fiqah, Adik awak sakit? Kenapa
tak cakap pada saya awal-awal?..” kata tuan kedai itu menghilangkan resah
dihatinya.
“ Ya Allah sungguh Kau membantu hambaMu tika memerlukan.” Rintih
hati fiqah hilang duka di dadanya.
“ Fiqah kenapa lambat? Adik-adik menangis dari tadi lapar susu.”
Kata ibunya sambil mengendung adik bongsunya yang berusia dua minggu. Sementara
memberi air kosong pada adiknya yang berusia setahun.
Tersenyum fiqah melihat adiknya bertatih ke arahnya.
“ibu mulai esok Fiqah pulang lewat pukul 10 malam baru
Fiqah balik. Ibu, izinkan fiqah kerja. Kerja ni langsung tak mengganggu sekolah
fikah. Balik sekolah baru fikah kerja. Ibu kan masih dalam pantang. fiqah nak
tolong ibu.” Kata fikah dengan bersungguh-sungguh dengan berharap ibunya
izinkan.
“maaf, bukan ibu tak izinkan. biar ibu yang kerja
mengambil upah menjahit dan menyulam untuk butik-butik di pekan lepas habis
pantang nie. Rasanya mungkin cukup untuk kita anak beranak.” Kata ibu
untuk menghilangkan duka dihati anak sulongnya. Dengan pujukan Fiqah, akhirnya
ibu izinkan.
Seperti biasa setelah pulang dari sekolah Fiqah akan ke
kedai Haji Hasyim. Haji hasyim amat baik, memberi Fiqah kerja dengan
pakej makanan percuma. Gajinya dipotong untuk hutang-hutang ibunya. Dengan
berbekal gaji bersih rm200 sebulan setelah ditolak duit hutang dan barangan
keperluan adik-adiknya seperti lamping,susu dan wang rawatan adik syahira telah
banyak membantu ibunya. Duit ayah tirinya sering tidak cukup untuk membayar
keperluan rumah kerana tangannya sering menyentuh benda haram iaitu gemar
berjudi.
Setelah pulang dari kerja, fiqah mengayuh basikal di bawah sinar
cahaya bulan dan sampai dirumah hampir 11 malam. fiqah menyiapkan kerja sekolahnya
sehingga pukul 2 pagi. Di sekolah pada waktu rehat fiqah tidak makan tetapi
mengambil kesempatan itu untuk mengulangkaji.
Bermula hari ini kedai haji hasyim tutup untuk dua minggu kerana
pak Haji Hasyim ke singapura. Adik telah berusia tiga bulan. ibu ke Bandar
untuk membeli benang, manik dan mengambil kain tempahan.
Fiqah diminta untuk menjaga adik-adiknya. Tanpa sengaja
adiknya yang berusia setahun tiga bulan iaitu nurul iman syahira telah menarik
kain meja lalu air panas yang digunakan untuk membancuh susu telah tertumpah
dikaki adiknya.
“Adiiik...!” jerit fikah tanpa sempat menahan air panas
itu. Adik menangis tanpa henti . ibunya yang pulang dengan hati duka kerana
tiada tempahan terdengar jeritan di dapur lalu bergegas ke dapur. Fiqah
tersungkur ke lantai setelah di tampar ibu. Ibu mengambil senduk lalu memukul
tangan Fiqah sekuat hati.
“aku tahu dia tu bukan adik kandung kau. Aku tahu bapak
budak nie tak bertanggungjawab. Aku tahu aku tak dapat beri apa yang kau nak.
Tak dapat bagi makanan sedap-sedap. Tak dapat bagi macam arwah ayah kau bagi
dulu. Tapi takkan kau nak bunuh budak nie macam kau bunuh adik kau dulu.!
Aku letih lah! tak berguna aku minta jaga adik pun tak boleh, adik tu sakit.
Bapak tiri kau tu pun menyusahkan hidup aku ja. Bapak kau tu kenapa dia pergi
tinggalkan aku macam ni..? Aku pun nak ikut dia, anak dia yang ada pun tak
boleh harap...!dia pergi pun sebab kau!” tengking ibu sambil memukul
Fiqah.
setelah senduk patah ditukar pula dengan batang penyapu tanpa
menghiraukan esakan Fiqah. Setelah melihat Fiqah lemah tak berdaya. Ibunya
menghentikan pukulan. Dipeluknya dengan penyesalan. Kesal memukul anak
sulungnya dengan tekanan emosi. kesal dengan diri yang melepaskan tekanan dan
perasaan itu pada zuriat keturunan dari insan yang dicintainya.
“ Sayang, ibu minta maaf. Kata-kata ibu tadi bukan niat ibu. Ibu
tertekan. Maafkan ibu.” Kata ibunya dalam esakan.
Dalam sedu mereka berpelukan. Kaki adiknya tidak teruk cuma
merah dan lecur sedikit kerana air itu sudah hampir suam tidak terlalu panas
untuk mencederakan kulit halus itu.
“ Fiqah kenapa nie,nak..? ayah kamu pukul lagi..? sampai birat lebam
kat tangan nie. teruk nie. ambil ubat nie sapu kat lembam tu.” kata haji hasyim
pada Fiqah
Fiqah tidak menjawab hanya mendiamkan diri. sewaktu pulang,
basikal fiqah ditahan oleh mak kiah.
“kau ambik kain ni pergi bagi pada perempuan murahan tu.!” kata
mak kiah dengan nada sinis.
“sapa mak kiah? saya tak faham.” Tanya fiqah.
“ mak kau sendiri pun kau tak kenal kah..? satu kampung ni pun
dah tahu kau yang dekat dengan dia pun tak tahu..! cakap kat mak kau dah la
dulu rampas tunang orang, arwah bapak kau tu. sekarang rampas tempat aku
mencari rezeki. hah ambil kain nie pelanggan kedai tu nak mak kau yang jahit.
pergi cepat aku tak suka tengok muka kau.” kata mak kiah dengan penghinaan.
“Mak kiah jangan kata ibu saya macam tu. ayah putus tunang dengan
makcik sebab perangai mak cik tu sendiri, dan ayah tak cintakan makcik. semua
ayah dah cerita kat saya. dan lagi satu jodoh,pertemuan, dan rezeki itu
ditangan Allah. ibu saya mencari rezeki yang halal. dan peluang ini atas usaha
dia. kalau nak rezeki lebih kena usaha lebih. minta maaf makcik. sebaiknya kita
jangan tuduh orang tanpa usul periksa. jangan lupa apa balasan menfitnah. minta
maaf. saya minta diri..” tegas Fiqah kerana tidak tertahan dengan hinaan demi
hinaan yang diterimanya setiap hari.
keesokan hari di sekolah fiqah dipanggil guru untuk ke pentas.
Fiqah kehairanan mengapa namanya dipanggil. rupanya Fiqah telah berjaya
mendapat kedudukan pertama dalam sekolah, pelajar terbaik. Alhamdulillah.
“ Fiqah, kamu nie kenapa tak pernah nak bercakap dengan
orang..? kamu buat hal kamu ja. orang nak tanya apa-apa kat kamu pun susah.
banyak persepsi yang buruk tentang kamu, meskipun persepsi buruk bukan bermakna
sikap kamu pun perlu seiring dengan kata-kata itu. seharusnya kamu menidakkan
untuk membela dirimu, menyendiri bukan keputusan yang membantu. jika kita
mahukan sesuatu kita kena berusaha, sesuatu itu tidak akan bergolek datang
dengan sendiri, dengan usaha Allah AKAN BANTU, erti hidup bukan menyendiri
haiwan pun berkomuniti, mahupun tumbuhan, kamu seorang yang bijak pandai, kamu
seharusnya mengerti, sahabatku. cara kamu tu bukan sebaik-baik cara, cubalah
belajar untuk hidup kerana kita masih hidup.” kata Laila teman sekelasnya.
"usahlah ditanya mengapa, kamu pasti tidak akan
mengerti". bisik hati fiqah, lalu meminta diri untuk ke tandas.
sikap pendiam dan menyendiri Fiqah menyebabkan teman-teman
sebaya tidak puas hati dengannya. keadaan hidup hinaan dan cercaan orang
membuatkan Fiqah takut untuk bermasyarakat. bukan sikapnya begitu tetapi hanya
dia yang tahu betapa fobia dan takut dihatinya. Sewaktu arwah ayah masih
ada fiqah lah orang yang paling petah berkata-kata. tetapi kini, berdiam diri
seredup hatinya.
perilakunya dari seorang yang periang berubah setelah kelihangan
dua orang insan yang amat berharga dalam hidupnya. insan yang teramat Fiqah
sayang.
“ fiqah rindu ayah, fiqah rindu adik..moga kita jumpa lagi di
Sana nanti..” tangis fiqah.
*********************************************************************************************
sewaktu fiqah berusia 9 tahun dia dikurniakan seorang adik
yang comel. seorang adik perempuan yang bernama nurul iman syafinaz. setelah
pulang dari sekolah tempat pertama fiqah akan pergi adalah bilik adiknya nurul.
di sekolah wajah adiknya sentiasa bermain di fikiran. mendalam kasihnya
terhadap adik. peneman baru hidupnya ketika itu.
“ ibu fiqah nak dukung adik nurul..” kata Fiqah sambil
memegang lengan adiknya yang halus.
“ Nurul iman syafiqah, dengar sini. kamu tu tak mahir lagi
dukung adik kecil.” kata ibunya melarang kehendak fiqah.
“ibu, fiqah nak dukung juga. nak dukung adik juga.” tanpa
menghiraukan tegahan ibu fiqah mendukung adiknya.
setelah Berjaya mendukung adiknya fiqah ke raung tamu dan
ke halaman rumah. adik menangis mungkin kelaparan fikirnya, lalu fiqah ke ruang
tamu untuk mengambil susu. sebelah tangannya dilepaskan dari mengendung adik
untuk mengambil botol susu, sebelah lagi tangan mengendung adiknya dengan erat.
adik semakin aktif kakinya menendang lengan Fiqah.
“ adiik...!” jerit fiqah. tangkas tangannya menyambut adiknya
agar tidak terjatuh ke lantai. tetapi gagal adik terlepas jua ke lantai.
“Fiqah kenapa dengan adik? Allah, anak ibu.. kenapa cuai
fiqah.?” kata ibu dengan kesal terhadap dirinya kerana tidak mengawasi
anak-anaknya.
ibu call ayah
untuk memberitahu keadaan adiknya. “ abang, anak kita nurul, fiqah bagi jatuh.
kena tahan wad kecemasan. sekarang kat hospital.”
ayah bergegas ke hospital. di fikiran hanya memikirkan keadaan
anaknya sehingga ayah tidak perasaan akan lampu merah. akhirnya ayah dilanggar
oleh sebuah kereta. ayah disahkan koma. sementara itu adik ditahan wad selama
dua hari. adik disahkan selamat. tetapi ayah. dah sebulan ayah masih tak
sedarkan diri.
“ayah mesti kecewa dengan fiqah. semua nie salah fiqah.
ayah, fiqah minta maaf. fiqah janji tidak akan ulangi kecilapan ini. fiqah
sayang ayah. fiqah sayang adik. ayah bangun ayah. bangun.” rayuan fiqah pada
ayahnya.
fiqah sentiasa disisi ayah sewaktu di wad. air mata tidak pernah
kering. sejak ini senyuman di bibir fiqah kian pudar. setelah sebulan terlantar
di hospital ayah telah sedar dari koma dan di benarkan pulang. keadaan ayah
tidak stabil agak kritikal kata doktor. doktor tidak dapat berbuat apa-apa
hanya berserah pada takdir. sudah seminggu fiqah tidak ke sekolah kerana ingin
menemani ayahnya.
“ ayah, fiqah minta maaf. fiqah sayang ayah. ayah jangan buat
fiqah takut lagi ea..?” kata fikah sambil memeluk ayahnya.
“ fiqah, tolong ingat pesan ayah ni. jangan fikir macam tu, nak.
apa yang jadi dan yang bakal terjadi itu adalah takdir hidup kita sebagai
hamba. itu ketentuan Allah. kita sebagai hamba Allah harus terima dengan rasa
syukur dan redha. fiqah, kita kena bersangkan baik dengan Allah. segala yang di
tetapkan ada hikmahnya. jangan berputus asa dengan rahmat Allah, ye sayang
ayah.” nasihat ayahnya pada fiqah agar senyuman itu kembali. mungkin fiqah
masih belum memahami maksud tersirat pesanan ayahnya. tetapi setiap bait ayat
masih segar di ingatannya. Ayahnya yakin fiqah akan mengerti suatu hari
nanti.
setelah tiga bulan terlantar sakit ayahnya pergi buat
selama-lamanya. adik nurul demam panas. doktor sahkan adik menderita penyakit
jantung bengkak dan berlubang di bahagian spectrum
antara bahagian aorta dan pulmonary
artery menyebabkan
percampuran darah oxygenated
blood dan deoxygenated blood punca adik semakin lemah.
Sakit adik mungkin akibat dari hentakan yang kuat. doktor tidak boleh membuat
pembedahan bimbang ada komplikasi kerana injabnya sempit dan tersumbat. dua
bulan melihat penderitaan adik dengan tube pernafasan
menjalar dihudung dan mulutnya. seluruh badan si kecil yang tiada dosa ini
dipenuhi wire dan tube penafasan. adik semakin
kurus. gelak tawa dan tangisnya sudah tiada. hanya terlihat kerlipan mata yang
lemah tak bermaya.
“ Ya Allah sudah dua bulan adik menderita di ICU, Kau
lindungilah adikku Ya Allah.” fiqah menangis lagi. tidak tertahan hatinya
melihat penderitaan adik yang tidak mengerti apa-apa tentang erti kehidupan.
“ fiqah jom ikut PakCik kita ke hospital sekarang tengok adik.”
kata pakcik pemandu ayahnya mengejutkan fiqah dari tidur.
dalam perjalan PakCik mendapat sebuah panggilan.
“ Fiqah, adik dah tak ada.” kata pakcik dengan wajah simpati.
fiqah mengukirkan senyum paksa dibibirnya pada pakcik untuk
menenangkan dirinya dan menganggap kata-kata dari pakcik itu adalah satu
gurauan. lalu wajah fiqah dialihkan ke cermin kereta. entah mengapa walau
ditahan air hangat itu tetap mengalir dipipinya. melihat suasana pagi yang
suram seperti itulah hatinya tika itu.
“ adik dah tak ada?..” bisik hatinya.
jam 2.25 pagi adik disahkan pergi selamanya. turun dari kereta
fiqah terus berlari ke wad adik. sewaktu melihat adik dimandikan jururawat,
adik kelihatan lemah tidak bernyawa. hatinya tidak mampu menahan sebak.
akhirnya tangisan itu terzahir.
“ ibu.. fiqah nak ikut adik.. nak ikut ayah..” esakan
tangisan fiqah.
*********************************************************************************************
melihat mawar yang sudah bertambah kuntumannya mengembalikan
kisah silam tentang arwah adik dan ayahnya.
“kita bukan perpisah. tetapi menunggu saat untuk bertemu disana.
moga Allah memberi kekuatan pada diri.” Kata fiqah untuk memujuk hati.
“ ayah,hakikatnya fiqah tetap bersalah. adik pergi kerana
kecuaian fiqah. abah pergi pun puncanya fiqah.” sehingga kini fiqah tetap
menyalahkan dirinya. keadaan ini menyebabkan fiqah hilang semangat dan
keyakinan diri.
“kamu ni buat apa kat sini. ambik pokok bunga ni pergi tanam kat
rumah kau. ni bukan tanah kau lagi. pergi dari sini!” kata makngah pada fiqah
sambil menyumbat bunga mawar pada bibir dan menolak fiqah jatuh ke pohon
rendang yang kian lama menjadi peneman dukanya. tanpa menghiraukan tangisan
fiqah, makngah menampar fiqah dengan hati yang penuh perasaan dendam. duri yang
tajam melukakan lidah dan bibirnya. seminggu dia tidak boleh makan. sungguh
jika ikutkan hati selemah manusia sememangnya fikah tidak tahan. tetapi
teringat akan pesan ayah membuatkan fiqah tabah menghadapinya.
“ dah lah saya kahwin dengan awak sebab terpaksa.
sekurang-kurangnya hargai saya dan fiqah. tolonglah berhenti berjudi. itu bukan
perbuatan yang baik. kalau bukan sebab anak kita dan lama saya minta cerai..!
awak tolong fikir hati saya dan fikah.” rayuan ibu pada ayah kamal.
pertengkaran mereka didengari fiqah sewaktu pulang dari pohon rendang di
pinggir bukit.
Perkahwinan ibu dan ayah kamal adalah satu paksaan. pakcik kamal
adalah abang tiri kepada arwah ayah. ibu difitnah dan kerana fitnah itu ibu
terpaksa berkahwin dengan pakcik kamal. kerana terhutang budi dengan keluarga
itu ibu terima pakcik kamal. meskipun ayah kamal tidak pernah mencederakan ibu,
dan nampak baik di mata insan ketika itu tetapi ayah kamal sering menipu ibu
dengan pelbagai helah untuk berjudi kerana tidak tahan akan tekanan hidup yang
susah. Berbeza dengan hidupnya sebelum ini yang dimanjakan dengan
kemewahan.
Ayah kamal juga telah menghabiskan duit simpanannya untuk
menyara keluarga dan dilaburkan untuk perkara haram. Setelah habis duit
itu ayah kamal berhutang pula. itulah rakusnya sikap insan yang tidak pernah
bersyukur dengan apa yang di milikinya. insan yang tidak yakin rezeki itu
di'tangan' Allah SWT. serta insan yang malas untuk berusaha tika menginginkan
sesuatu dalam hidupnya.
“awak, saya minta maaf. saya terpaksa serah awak pada mereka.
hanya semalam. mereka tidak akan menganggu saya lagi. awak rela jika saya
serahkan fiqah?.. saya tahu awak sayang dia. dia pun masih muda. saya tak nak
rosak masa depan dia, jadi saya pilih awak. awak kena tolong saya. please dear ?” rayu ayah kamal pada ibu.
sikap ayah kamal bukan sahaja memberi akibat pada dirinya
malahan pada anak-anak dan orang yang dicintainya. itulah hidup insan jika
mendekati perkara yang tidak diredhai Allah. tidak akan mendapat ketenteraman
dan kebahagiaan. walau apa pun yang ingin dilakukan untuk kesenangan keluarga
dan diri janganlah sesekali kita mendekati perkara yang ditegah oleh Allah
kerana ada hikmah yang tersembunyi disebalik tegahan itu. akurlah dengan
ketentuan Allah. ada kebahagiaan yang bakal menanti di hujung waktu meskipun harus
menghadapi kesukaran, adalah lebih baik dari kesengsaraan yang abadi.
“ saya tak nak terlibat dengan benda haram. awak tolong ceraikan
saya. saya tak akan buat perkara yang di murkai Allah. ingatlah abang, pasti
ada jalan penyelesaiannya. tetapi bukan dengan cara ni. tolonglah bertaubat.
Allah itu Maha Pengampun. dan jangan sesekali libatkan anak saya.!” rintihan
ibu itu tidak didengari.
ibu ditolak ke dinding. kepala ibu berdarah. ayah
menghampiri bilik fiqah, diheret fiqah keluar ke ruang tamu. Sikap ayah kamal
semakin berubah semenjak mengotorkan tangannya dengan menyentuh judi yang haram.
“ awak nak saya libatkan dia dalam hal nie?saya tak nak buat
macam ni, tapi awak yang paksa saya buat macam ni. awak kena faham mereka minta
awak untuk satu malam ja, kalau tidak kita satu keluarga akan diganggu.
anak-anak masih kecil. ingat tu.” kata-kata ayah itu membuatkan ibu terpaksa
akur dengan semua ini. dia tidak rela anak dari suami tercintanya menjadi
mangsa. juga tidak rela anak-anaknya diganggu.
sebulan ibu tak mahu makan hanya berkurung dalam bilik.
“ Ya Allah, apa pun yang telah Kau aturkan dalam hidup
kami.maka berilah kami kekuatan. keluarkan kami dari belenggu ini. berilah ibu
semangat yang kental. dan berilah petu njuk pada ayah.” rintih hati fiqah
sambil meletakkan makanan di meja pinggir katil. tangannya memegang dahi ibu.
ibu demam panas.
************************************************************************
5 bulan kemudian fiqah ditawarkan ke matrikulasi untuk
melanjutkan pelajarannya. sewaktu kelas bahasa inggeris. pensyarah meminta
melakukan ice breaking.
satu kumpulan dua orang. fiqah dipasangkan dengan seorang jejaka yang bernama
idham. aktivitinya adalah sesi perkenalan diri. semua kena memperkenalkan diri
pada pasangan masing-masing.
“ What is your
dream in the future?” Tanya idham
“i wish to have
a big house and a big car.” jawab fiqah. jawapan itu membuatkan idham
tertawa kecil kerana merasakan jawapan itu agak lucu.
Itu apa yang terzahir di pandangan manusia. tetapi yang tersirat
siapa yang mengerti. mungkin hanya impian biasa. tetapi bagi fiqah rumah besar
itu adalah untuk ibu dan adik-adiknya tinggal dengan selesa. dan kereta besar
itu untuk mereka sekeluarga agar dapat menggantikan basikal bukan untuk
dirinya. dan dia mengharapkan itu bukan hanya impian suatu hari nanti.
insyaAllah.
“ the last question, what is your ambition?” Tanya idham.
cita-cita fiqah adalah ingin menjadi seorang doktor
pakar jantung kanak-kanak kerana ingin menyelamatkan kanak-kanak yang senasib
dengan adik syahira dan arwah adiknya, nurul. rasa bersalah itu tidak pernah
hilang hingga kini. setiap kali ayah kamal marah pasti dia akan kata fiqah itu
seorang pembunuh. penyebab kematian adik dan ayah kandungnya. fiqah akan
lebih menyalahkan dirinya apabila ibunya juga berkata begitu ketika tidak dapat
menahan emosi dan tekanan. Fiqah semakin tertekan. Tetapi tiada sesiapa yang
mengerti kecuali ibunya. Dan Sesungguhnya Allah lebih mengerti makhluk
ciptaanNya lebih dari seorang hamba itu mengerti dirinya sendiri.
Dari peringkat sekolah hinggalah ke matrikulasi fiqah hanya
bercakap dengan insan yang dikenalinya. kadangkala menyendiri kerana tekanan
itu bimbang dirinya tidak mampu mengawal emosi. hatinya sering terluka saban
hari sejak pemergiaan ayah. bimbang untuk bergaul dengan rakan-rakan hatinya
terlalu sensitif dengan kata-kata insan. Teringat akan kata-kata temannya
sewaktu di sekolah menyebabkan fiqah cuba belajar menyesuaikan diri seperti
insan biasa. meskipun kadangkala tewas dengan emosinya sendiri apabila
mendengar perkabaran dari rumah.
fiqah mendapat cuti seminggu. pada pagi raya suasana hening.
ayah kamal tidak pernah ada pada hari-hari penting seperti ini. suasana hening
itu tiba-tiba menjadi riuh dengan deringan telefon. ibu mendapat panggilan dari
rumah keluarga ayah. mereka akan datang ke rumah. Alang gembiranya hati fiqah,
hidupnya setelah pemergian ayah dia tidak pernah berkesempatan beraya bersama
mereka. fiqah gembira sambil memasak rendang untuk mereka. setelah mereka
sampai, makngah leka bermain dengan adik. inilah kali pertama keluarga itu
melihat adik bongsunya.
“ Ayu, kau kena faham keadaan kau sekarang. kamal tu kami dah
tahu perangai dia macam mana. kami hanya nak tolong daripada dia beri anak ni
pada orang, sebaiknya kau serahkan pada aku. aku nak tolong kau besarkan budak
ni ja. nanti kau dah senang kau boleh ambil balik. aku bagi kau rm1000. aku nak
ambil sekarang.”kata makngah dengan nada sinis.
“ kak, tolonglah jangan pisahkan saya dengan anak saya. tu anak
saya. saya akan jaga dia.” rayaun ibu.
kata-kata ibu disanggah oleh nenek dan datuk. setelah itu
pakngah dan kemudian pakcik.
“ tetapi berilah aku sedikit masa untuk bersama anak aku, buat
masa terakhir. bagi aku masa untuk berfikir, sebulan atau sekurang-kurangnya
seminggu.?” kata ibu.
“ tak payah! kau boleh jaga dalam masa sebulan? aku tengok kat
dapur pun susu dah tak ada, dulu kau boleh lah harap fiqah, sekarang dia pergi
belajar. kau nak harap sapa lagi. nak jaga seminggu? tapi budak ni tak selamat
dengan kamal. aku dengar dia nak serah pada orang Bandar dan dia dapat duit.
kau nak macam tu. lebih baik aku jaga. sekurang-kurangnya aku mak saudara dia.
kalau dia dah besar biar dia buat pilihan sendiri nak balik kat mak dia yang
miskin ni atau hidup senang dengan aku. aku nak bawa dia pergi sekarang. baung
masa aku ja mai sini kalau aku balik macam tu ja. baju,susu, barang-barang dia
aku tak ambil. aku boleh beli.” kata makngah tanpa menghiraukan tangisan ibu.
Dengan kata-kata kuat dari keluarga ayah, datuk dan nenek ibu
fiqah tidak dapat buat apa-apa. adik diambil dari pangkuan. fiqah hanya mampu
melihat setelah kata-katanya sebagai anak sulung tidak didengari. sudah
tiga hari fiqah lihat ibu hanya menangis sambil melihat buaian adik. ibu fiqah
akan menangis setiap kali melihat pakaian adik dan barang-barang permainannya
sepi tanpa gelak tawa manja si kecil. Melihat tangisan itu hatinya semakin
remuk.
“ibu, fiqah akan tolong untuk dapatkan adik semula.” bisik hati
fiqah.
“ fiqah, kamu perlu tumpukan perhatian semasa saya mengajar.”
kata puan normah. pensyarah biologi di dalam kelas tutor kerana fiqah tidak
menumpukan perhatian semasa belajar.
Fiqah menemani rakannya berjumpa dengan seorang ustazah.
Pelbagai soalan yang diajukan berkaitan agama. Keadaan ini mendorong fiqah
untuk bertanya perihal hidupnya dari segi hukum agama.
“ ustazah apa hukum jika seseorang itu memberikan anaknya pada
orang lain?” Tanya fiqah pada ustazah.
Pertanyaan itu dijawab dengan soalan kerana ustazah tidak
pasti keadaan sebenar untuk menjawab. Akhirrnya fiqah terpaksa menceritakan
perkara sebenar. Sebak dihati ustazah dan rakan-rakan mendengar kisahnya.
“ lihat ye kamu semua, kadang-kadang kita melihat seseorang itu
ceria. Tetapi hakikatnya kita tidak mengetahui dia juga diduga oleh Allah.
Malah ujian dia mungkin lebih berat dari kita. Fiqah, Allah tidak akan menguji
seseorang itu luar dari kemampuan dia. Dan Allah menguji hambaNya kerana rindu
mendengar suara hambaNya dalam mengingatiNya. Kita hamba yang lemah sering
ingat Dia dikala kita ditimpa kesusahan. Ingatlah sesungguhnya Allah
menyayangimu, syafiqah.” Kata-kata terakhir ustazah memberi fiqah semangat
untuk terus hidup.
Biar siapa pun ayah kamal, sebesar mana dosanya. fiqah tidak
boleh menghukum mahupun membencinya. Tetapi bencilah perbuatannya. Sebaik-baik
penghukum yang paling layak adalah Allah. Siapalah kita hamba yang kerdil dalam
menghukum dan membenci manusia tambahan manusia itu bukanlah maksum suci
daripada dosa, melakukan kesilapan dan dosa itu adalah lumrah kelemahan
manusia. Oleh itu kita seharusnya sentiasa bertaubat. ustazah sering memberi
nasihat di dalam kelas membuatkan hati fiqah semakin berminat mendalami ilmu
agamanya sendiri. Ya Allah ampunilah khilafku ini.
Belakangan ini, adiknya yang menghidap penyakit jantung
itu, syahira sering demam dan tidak sihat. Fiqah susah hati. Kesihatan fiqah
juga tidak menentu membuatkan fiqah tidak mampu memberikan tumpuan pada
pelajaran 100%.
“ fiqah, tak sangka hidup fiqah macam nie. Kenapa fiqah tak
pernah cerita kat kami sebelum nie..?kami bersimpati.” Tanya aisyah teman
sekelasnya.
Fiqah hanya tersenyum.
“usahlah ditanya mengapa. Kamu pasti tidak akan mengerti”
bisik hati fiqah.
Seminggu fiqah tidak makan. Hanya makan sekeping roti. Duit
elaun yang diterimanya telah diberi pada ibunya sewaktu balik cuti. Rakan-rakan
sering mengatakan fiqah tidak reti membelanjakan wang kerana wang yang diterima
sepatutunya cukup untuk makan dan minumnya disini. Setelah mengetahui fiqah
datang dari keluarga yang susah cara hidupnya diperhati kerana cara hidup fiqah
amat berbeza dari insan susah yang lain. ramai lagi yang hidup susah, malah ada yang lebih susah tetapi bagi mereka cara hidup fiqah amat berbeza. Mereka pelik dengan cara hidupnya.
Bagi fiqah, biarlah hanya dia sahaja yang mengerti hidupnya. Usah ditanya mengapa
kerana baginya mereka semua pasti tidak akan mengerti dan akan terus bertanya
“mengapa” ...
To be continue...
salam... xsbr nk bca smbungannya...
ReplyDeleteinsyaAllah.. tgh cari ilham n idea untuk sambungan.. moga kisah ini menjadi ibrah dan hikmah pada pembaca..idea yang baik dari Allah.. yg bruk klemahan dri sendiri.. mawar merpati 2 coming soon.
Deletemawar merpati masih belum tamat,
ReplyDelete"usah membuat kesimpulan terlalu awal terhadap sesuatu perkara yang kita masih belum jelas bimbang akan salah faham.."