:...pages...:

Monday 18 June 2012

Mawar Merpati


kisahku.

Usah Ditanya, “Mengapa?”


Pokok mawar yang semakin mekar menambah semangatnya untuk terus tersenyum tika hati dirundung kesedihan. Inilah pokok pertama yang berjaya Fiqah tanam setelah pemergian ayah buat selama-lamanya. Masih segar di ingatan, selama ayah hidup  Fiqah sering merosakkan pokok mawar merah yang sering ditanam ayahnya di kebun bunga pinggir bukit. Fiqah sering memetik bunga mawar itu dan menghiasnya di dalam bilik juga di telinga agar nampak cantik. Fiqah amat suka akan mawar, terutama wawar putih dan merah. Tetapi kini pokok mawar hanya tinggal kenangan. Ayah telah tiada. Pokok mawar itu telah diganti dengan pokok orkid. Fiqah merenung sekuntum  mawar dipinggir bukit bawah sebatang pokok yang rendang. Sewaktu angin meniup lembut wajahnya, tanpa disedari air yang bertakung di mata membasahi pipi.

“ Ayah..Fiqah rindu ayah.” tangisan akhirnya terzahir di bibir.
Setelah ayah pergi hidup fiqah berubah dari langit yang cerah bertukar mendung. Kemana hilangnya mentari yang sering menyinari senyumannya.


 “ Hey, Fiqah kau buat apa kat sini. Anak  keturunan macam kau nie tak layak duduk di sini. Pergi!”  kata Mak Ngah sambil menolak dahi Fiqah sehingga tersungkur ke tanah.


Fiqah dihalau dari kebun orkid yang pernah diusahakan oleh arwah ayahnya. Fiqah bangun dengan sebak dihati lalu pulang ke rumah. Kebun orkid itu bukan lagi kepunyaan mereka setelah pemergian ayah fiqah . kebun itu telah dipindah milik sewaktu ayahnya terlantar sakit . Mereka telah ditipu helah oleh Mak Ngahnya yang sering bermanis mulut. kehidupan mereka semakin susah setelah semua duit simpanan ayah terpaksa digunakan untuk membayar hutang-hutang ayah tirinya.


“ Dari hari pertama saya kahwin dengan awak seSen pun duit makan awak tak pernah bagi untuk fiqah. usah disebut nafkah, duit sekolah saya yang tanggung sorang. Awak nie lelaki  jenis  apa. Duit asyik habis ja. Pergi ke mana? Duit saya yang awak bagi pun awak ambil balik. Untuk masa depan lah katanya. Tetapi ke mana? Sampai sekarang awak, jangan ingat saya tak tahu awak buat apa kat luar, orang kampung semua dah bercerita. Saya cakap elok-elok awak buat tak dengar ja. Awak dengar tak nieee!” kata ibu pada ayah.


 “Ah.! Aku peduli apa. Dia bukan anak aku. Anak kau kan. kau jagalah.!” Tengking ayah pada ibu.


Fiqah  menutup kedua telinganya. Tidak tertahan hatinya mendengar pertengakaran itu. Ayah sering mengendahkan kata-kata ibu. Setiap hari mereka bergaduh menambah tekanan dihati Fiqah. Hati kecilnya semakin tertekan tika hidupnya sering dicerca penduduk kampung dan saudara terdekat.  Saudara arwah ayah amat bencikan ibu kerana mereka fikir wanita miskin seperti ibu hanya berkahwin dengan arwah ayah kerana harta. Dan pelbagai fitnah yang dilemparkan  pada ibu  setelah pemergian ayah menyebabkan penduduk kampung dan saudara ibu juga membenci ibu.


” Ayah.. Fiqah nak ikut ayah..” Fiqah menangis.


“ Fiqah tolong ibu boleh? Tolong ibu belikan telur dan susu adik. Ibu minta maaf tak dapat berikan makanan yang enak untuk anak-anak ibu.” Kata ibu pada Fiqah ketika melihat fiqah meletakan basikal di tepi bangsal. ibunya berkata dengan linangan air mata yang ditahan agar anaknya tidak perasan tetapi tetap terzahir bagi  Fiqah yang amat mengerti perasaan ibunya.


Fiqah terpaksa mengayuh basikal  sejauh 2 kilometer ke pekan untuk ke kedai. Hanya itu kenderaan yang ada di rumahnya. Kereta dan motor yang ada terpaksa diserahkan pada keluarga arwah ayah. kerana fitnah antara ayah kamal dan ibu, keluarga ayah terus membenci ibu. silaturahim dan hubungan kekeluargaan bagaikan terputus.


Fiqah memerhati satu persatu jenama susu tetapi tiada satu pun yang sesuai dengan duit yang diberikan ibunya. Penduduk kampung hanya tahu menghina atas kesengsaraan yang mereka hadapi daripada membantu. Baru fiqah sedar sebaik-baik Penolong adalah Allah.

Kadangkala basikal fiqah ditendang sewaktu pulang dari sekolah. hidup mereka semakin dicaci orang apabila ayah sanggup ke tempat kerja mengayuh basikal sejauh 7 kilometer ke Bandar kerana tiada pilihan lain. Ayah kamal diberhentikan kerja daripada bekerja di syarikat keluarga. Seluruh akaun dan kredit ayah kamal dibekukan oleh datuk kerana fitnah itu.


Meskipun ayah kamal tidak bertanggungjawab terhadap Fiqah, tetapi dia masih memikirkan anak serta isteri yang berjaya menarik hatinya dari zaman persekolahan. Tetapi hasrat itu terhalang tika arwah adik tirinya yang berjaya memulakan langkah.  Itulah hakikat yang harus diterima manusia. Jodoh itu ditangan Allah. Apabila telah tersurat tiada siapa yang mampu menghalang.


Meskipun ayah kamal begitu tetapi usahanya yang sanggup bekerja mencari rezeki yang halal dengan menaiki basikal melalui perjalanan yang amat meletihkan. Itu yang mengagumkan fiqah. Cuma sikapnya yang ingin cepat kaya denga cara yang mudah amat mengecewakan hati kecil fiqah juga ibunya.


 “harga susu dah naik. Apa yang harus aku lakukan.?” Kata Fiqah.


 Fiqah terpaksa mengambil susu yang paling murah dari kebiasaan. Tetapi apabila difikirkan Fiqah meletakkan susu itu semula. Adik pertamanya ada masalah penghadaman perlu meminum susu yang disyorkan oleh doktor dan dah tentunya harga yang mahal. Selain itu adik juga ada masalah jantung. Lalu apa yang harus dilakukan Fiqah. Fiqah cuba untuk berunding dengan tuan kedai itu untuk berhutang tetapi tidak dibenarkan kerana hutang  yang dahulu dah dua bulan tidak dibayar.  Fiqah kembali semula ke rak susunan susu itu, direnungnya sedalam-dalam. Hatinya tidak tertahan sebak.


“adik nak minum susu apa.? Berat badan adik dah semakin susut. Doktor kata berat badannya dah tahap kritikal. Ya Allah tolonglah hambaMu ini, adikku yang kecil itu tiada dosa  Ya Allah. jika aku tidak mampu membeli susu ini apa yang akan aku beri padanya. Adikku sakit, Ya Rabb.” Kata Fiqah dengan nada rendah.


Fiqah berjalan perlahan keluar dari kedai itu menahan sebak di hati.


 “ Fiqah, mari sini.” Panggil tuan kedai itu.


“ Baiklah saya bagi awak susu ni dan telur untuk adik-adik awak dan keluarga awak. Tetapi dengan syarat awak kena bekerja di sini mulai esok. Faham ..? Fiqah, Adik awak sakit? Kenapa tak cakap pada saya awal-awal?..” kata tuan kedai itu menghilangkan resah dihatinya.

“ Ya Allah sungguh Kau membantu hambaMu tika memerlukan.” Rintih hati fiqah hilang duka di dadanya.


“ Fiqah kenapa lambat? Adik-adik menangis dari tadi lapar susu.” Kata ibunya sambil mengendung adik bongsunya yang berusia dua minggu. Sementara memberi air kosong pada adiknya yang berusia setahun.


Tersenyum fiqah melihat adiknya bertatih ke arahnya.


 “ibu mulai esok Fiqah pulang lewat pukul 10 malam baru Fiqah balik. Ibu, izinkan fiqah kerja. Kerja ni langsung tak mengganggu sekolah fikah. Balik sekolah baru fikah kerja. Ibu kan masih dalam pantang. fiqah nak tolong ibu.” Kata fikah dengan bersungguh-sungguh dengan berharap ibunya izinkan.


 “maaf, bukan ibu tak izinkan. biar ibu yang kerja mengambil upah menjahit dan menyulam untuk butik-butik di pekan lepas habis pantang nie. Rasanya  mungkin cukup untuk kita anak beranak.” Kata ibu untuk menghilangkan duka dihati anak sulongnya. Dengan pujukan Fiqah, akhirnya ibu izinkan.


Seperti biasa setelah pulang dari sekolah Fiqah akan  ke kedai  Haji Hasyim. Haji hasyim amat baik, memberi Fiqah kerja dengan pakej makanan percuma. Gajinya dipotong untuk hutang-hutang ibunya. Dengan berbekal gaji bersih rm200 sebulan setelah ditolak duit hutang dan barangan keperluan adik-adiknya seperti lamping,susu dan wang rawatan adik syahira telah banyak membantu ibunya. Duit ayah tirinya sering tidak cukup untuk membayar keperluan rumah kerana tangannya sering menyentuh benda haram iaitu gemar berjudi.


Setelah pulang dari kerja, fiqah mengayuh basikal di bawah sinar cahaya bulan dan sampai dirumah hampir 11 malam. fiqah menyiapkan kerja sekolahnya sehingga pukul 2 pagi. Di sekolah pada waktu rehat fiqah tidak makan tetapi mengambil kesempatan itu untuk mengulangkaji. 


Bermula hari ini kedai haji hasyim tutup untuk dua minggu kerana pak Haji Hasyim ke singapura. Adik telah berusia tiga bulan. ibu ke Bandar untuk membeli benang, manik dan mengambil kain tempahan. 

Fiqah  diminta untuk menjaga adik-adiknya. Tanpa sengaja adiknya yang berusia setahun tiga bulan iaitu nurul iman syahira telah menarik kain meja lalu air panas yang digunakan untuk membancuh susu telah tertumpah dikaki adiknya.


 “Adiiik...!” jerit fikah tanpa sempat menahan air panas itu. Adik menangis tanpa henti . ibunya yang pulang dengan hati duka kerana tiada tempahan terdengar jeritan di dapur lalu bergegas ke dapur. Fiqah tersungkur ke lantai setelah di tampar ibu. Ibu mengambil senduk lalu memukul tangan Fiqah sekuat hati.


 “aku tahu dia tu bukan adik kandung kau. Aku tahu bapak budak nie tak bertanggungjawab. Aku tahu aku tak dapat beri apa yang kau nak. Tak dapat bagi makanan sedap-sedap. Tak dapat bagi macam arwah ayah kau bagi dulu. Tapi takkan kau nak bunuh budak  nie macam kau bunuh adik kau dulu.! Aku letih lah! tak berguna aku minta jaga adik pun tak boleh, adik tu sakit. Bapak tiri kau tu pun menyusahkan hidup aku ja. Bapak kau tu kenapa dia pergi tinggalkan aku macam ni..? Aku pun nak ikut dia, anak dia yang ada pun tak boleh harap...!dia pergi pun sebab kau!” tengking ibu sambil memukul  Fiqah.


setelah senduk patah ditukar pula dengan batang penyapu tanpa menghiraukan esakan Fiqah. Setelah melihat Fiqah lemah tak berdaya. Ibunya menghentikan pukulan. Dipeluknya dengan penyesalan. Kesal memukul anak sulungnya dengan tekanan emosi. kesal dengan diri yang melepaskan tekanan dan perasaan itu pada zuriat keturunan dari insan yang dicintainya.


“ Sayang, ibu minta maaf. Kata-kata ibu tadi bukan niat ibu. Ibu tertekan.  Maafkan ibu.” Kata ibunya dalam esakan. 


Dalam sedu mereka berpelukan. Kaki adiknya tidak teruk cuma merah dan lecur sedikit kerana air itu sudah hampir suam tidak terlalu panas untuk mencederakan kulit halus itu.


“ Fiqah kenapa nie,nak..? ayah kamu pukul lagi..? sampai birat lebam kat tangan nie. teruk nie. ambil ubat nie sapu kat lembam tu.” kata haji hasyim pada Fiqah


Fiqah tidak menjawab hanya mendiamkan diri. sewaktu pulang, basikal fiqah ditahan oleh mak kiah.


“kau ambik kain ni pergi bagi pada perempuan murahan tu.!” kata mak kiah dengan nada sinis.


“sapa mak kiah? saya tak faham.” Tanya fiqah.


“ mak kau sendiri pun kau tak kenal kah..? satu kampung ni pun dah tahu kau yang dekat dengan dia pun tak tahu..! cakap kat mak kau dah la dulu rampas tunang orang, arwah bapak kau tu. sekarang rampas tempat aku mencari rezeki. hah ambil kain nie pelanggan kedai tu nak mak kau yang jahit. pergi cepat aku tak suka tengok muka kau.” kata mak kiah dengan penghinaan.


“Mak kiah jangan kata ibu saya macam tu. ayah putus tunang dengan makcik sebab perangai mak cik tu sendiri, dan ayah tak cintakan makcik. semua ayah dah cerita kat saya. dan lagi satu jodoh,pertemuan, dan rezeki itu ditangan Allah. ibu saya mencari rezeki yang halal. dan peluang ini atas usaha dia. kalau nak rezeki lebih kena usaha lebih. minta maaf makcik. sebaiknya kita jangan tuduh orang tanpa usul periksa. jangan lupa apa balasan menfitnah. minta maaf. saya minta diri..” tegas Fiqah kerana tidak tertahan dengan hinaan demi hinaan yang diterimanya setiap hari.


keesokan hari di sekolah fiqah dipanggil guru untuk ke pentas. Fiqah kehairanan mengapa namanya dipanggil. rupanya Fiqah telah berjaya mendapat kedudukan pertama dalam sekolah,  pelajar terbaik. Alhamdulillah.


 “ Fiqah, kamu nie kenapa tak pernah nak bercakap dengan orang..? kamu buat hal kamu ja. orang nak tanya apa-apa kat kamu pun susah. banyak persepsi yang buruk tentang kamu, meskipun persepsi buruk bukan bermakna sikap kamu pun perlu seiring dengan kata-kata itu. seharusnya kamu menidakkan untuk membela dirimu, menyendiri bukan keputusan yang membantu. jika kita mahukan sesuatu kita kena berusaha, sesuatu itu tidak akan bergolek datang dengan sendiri, dengan usaha Allah AKAN BANTU, erti hidup bukan menyendiri haiwan pun berkomuniti, mahupun tumbuhan, kamu seorang yang bijak pandai, kamu seharusnya mengerti, sahabatku. cara kamu tu bukan sebaik-baik cara, cubalah belajar untuk hidup kerana kita masih hidup.” kata Laila teman sekelasnya.


"usahlah ditanya mengapa, kamu pasti tidak akan mengerti". bisik hati fiqah, lalu meminta diri untuk ke tandas.

 sikap pendiam dan menyendiri Fiqah menyebabkan teman-teman sebaya tidak puas hati dengannya. keadaan hidup hinaan dan cercaan orang membuatkan Fiqah takut untuk bermasyarakat. bukan sikapnya begitu tetapi hanya dia yang  tahu betapa fobia dan takut dihatinya. Sewaktu arwah ayah masih ada fiqah lah orang yang paling petah berkata-kata. tetapi kini, berdiam diri seredup hatinya.


perilakunya dari seorang yang periang berubah setelah kelihangan dua orang insan yang amat berharga dalam hidupnya. insan yang teramat Fiqah sayang.


“ fiqah rindu ayah, fiqah rindu adik..moga kita jumpa lagi di Sana nanti..”  tangis fiqah.


*********************************************************************************************
 sewaktu fiqah berusia 9 tahun dia dikurniakan seorang adik yang comel. seorang adik perempuan yang bernama nurul iman syafinaz. setelah pulang dari sekolah tempat pertama fiqah akan pergi adalah bilik adiknya nurul. di sekolah wajah adiknya sentiasa bermain di fikiran. mendalam kasihnya terhadap adik. peneman baru hidupnya ketika itu.


“ ibu fiqah nak dukung adik nurul..” kata Fiqah  sambil memegang lengan adiknya yang halus.


 “ Nurul iman syafiqah, dengar sini. kamu tu tak mahir lagi dukung adik kecil.” kata ibunya melarang kehendak fiqah.


“ibu, fiqah nak dukung juga. nak dukung adik juga.” tanpa menghiraukan tegahan ibu fiqah mendukung adiknya.


 setelah Berjaya mendukung adiknya fiqah ke raung tamu dan ke halaman rumah. adik menangis mungkin kelaparan fikirnya, lalu fiqah ke ruang tamu untuk mengambil susu. sebelah tangannya dilepaskan dari mengendung adik untuk mengambil botol susu, sebelah lagi tangan mengendung adiknya dengan erat. adik semakin aktif kakinya menendang lengan Fiqah.


“ adiik...!” jerit fiqah. tangkas tangannya menyambut adiknya agar tidak terjatuh ke lantai. tetapi gagal adik terlepas jua ke lantai.


“Fiqah kenapa dengan adik? Allah, anak ibu.. kenapa cuai fiqah.?” kata ibu dengan kesal terhadap dirinya kerana tidak mengawasi anak-anaknya.


ibu call  ayah untuk memberitahu keadaan adiknya. “ abang, anak kita nurul, fiqah bagi jatuh. kena tahan wad kecemasan. sekarang kat hospital.”


ayah bergegas ke hospital. di fikiran hanya memikirkan keadaan anaknya sehingga ayah tidak perasaan akan lampu merah. akhirnya ayah dilanggar oleh sebuah kereta. ayah disahkan koma. sementara itu adik ditahan wad selama dua hari. adik disahkan selamat. tetapi ayah. dah sebulan ayah masih tak sedarkan diri.


 “ayah mesti kecewa dengan fiqah. semua nie salah fiqah. ayah, fiqah minta maaf. fiqah janji tidak akan ulangi kecilapan ini. fiqah sayang ayah. fiqah sayang adik. ayah bangun ayah. bangun.” rayuan fiqah pada ayahnya.


fiqah sentiasa disisi ayah sewaktu di wad. air mata tidak pernah kering. sejak ini senyuman di bibir fiqah kian pudar. setelah sebulan terlantar di hospital ayah telah sedar dari koma dan di benarkan pulang. keadaan ayah tidak stabil agak kritikal kata doktor. doktor tidak dapat berbuat apa-apa hanya berserah pada takdir. sudah seminggu fiqah tidak ke sekolah kerana ingin menemani ayahnya.


“ ayah, fiqah minta maaf. fiqah sayang ayah. ayah jangan buat fiqah takut lagi ea..?” kata fikah sambil memeluk ayahnya.


“ fiqah, tolong ingat pesan ayah ni. jangan fikir macam tu, nak. apa yang jadi dan yang bakal terjadi itu adalah takdir hidup kita sebagai hamba. itu ketentuan Allah. kita sebagai hamba Allah harus terima dengan rasa syukur dan redha. fiqah, kita kena bersangkan baik dengan Allah. segala yang di tetapkan ada hikmahnya. jangan berputus asa dengan rahmat Allah, ye sayang ayah.” nasihat ayahnya pada fiqah agar senyuman itu kembali. mungkin fiqah masih belum memahami maksud tersirat pesanan ayahnya. tetapi setiap bait ayat masih segar di ingatannya. Ayahnya yakin  fiqah akan mengerti suatu hari nanti.


setelah tiga bulan terlantar sakit ayahnya pergi buat selama-lamanya. adik nurul demam panas. doktor sahkan adik menderita penyakit jantung bengkak dan berlubang di bahagian spectrum  antara bahagian aorta dan pulmonary artery menyebabkan percampuran darah oxygenated blood  dan deoxygenated blood  punca adik semakin lemah. Sakit adik mungkin akibat dari hentakan yang kuat. doktor tidak boleh membuat pembedahan bimbang ada komplikasi kerana injabnya sempit dan tersumbat. dua bulan melihat penderitaan adik dengan tube pernafasan menjalar dihudung dan mulutnya. seluruh badan si kecil yang tiada dosa ini dipenuhi wire dan tube penafasan. adik semakin kurus. gelak tawa dan tangisnya sudah tiada. hanya terlihat kerlipan mata yang lemah tak bermaya.


“ Ya Allah sudah dua bulan adik menderita di ICU, Kau lindungilah adikku Ya Allah.” fiqah menangis lagi. tidak tertahan hatinya melihat penderitaan adik yang tidak mengerti apa-apa tentang erti kehidupan.


“ fiqah jom ikut PakCik kita ke hospital sekarang tengok adik.” kata pakcik pemandu ayahnya mengejutkan fiqah dari tidur.


dalam perjalan PakCik mendapat sebuah panggilan.


“ Fiqah, adik dah tak ada.” kata pakcik dengan wajah simpati.


fiqah mengukirkan senyum paksa dibibirnya pada pakcik untuk menenangkan dirinya dan menganggap kata-kata dari pakcik itu adalah satu gurauan. lalu wajah fiqah dialihkan ke cermin kereta. entah mengapa walau ditahan air hangat itu tetap mengalir dipipinya. melihat suasana pagi yang suram seperti itulah hatinya tika itu.


“ adik dah tak ada?..” bisik hatinya.



jam 2.25 pagi adik disahkan pergi selamanya. turun dari kereta fiqah terus berlari ke wad adik. sewaktu melihat adik dimandikan jururawat, adik kelihatan lemah tidak bernyawa. hatinya tidak mampu menahan sebak. akhirnya tangisan itu terzahir.


 “ ibu.. fiqah nak ikut adik.. nak ikut ayah..” esakan tangisan fiqah.


*********************************************************************************************
melihat mawar yang sudah bertambah kuntumannya mengembalikan kisah silam tentang arwah adik dan ayahnya.


“kita bukan perpisah. tetapi menunggu saat untuk bertemu disana. moga Allah memberi kekuatan pada diri.” Kata fiqah untuk memujuk hati.


“ ayah,hakikatnya fiqah tetap bersalah. adik pergi kerana kecuaian fiqah. abah pergi pun puncanya fiqah.” sehingga kini fiqah tetap menyalahkan dirinya. keadaan ini menyebabkan fiqah hilang semangat dan keyakinan diri.


“kamu ni buat apa kat sini. ambik pokok bunga ni pergi tanam kat rumah kau. ni bukan tanah kau lagi. pergi dari sini!” kata makngah pada fiqah sambil menyumbat bunga mawar pada bibir dan menolak fiqah jatuh ke pohon rendang yang kian lama menjadi peneman dukanya. tanpa menghiraukan tangisan fiqah, makngah menampar fiqah dengan hati yang penuh perasaan dendam. duri yang tajam melukakan lidah dan bibirnya. seminggu dia tidak boleh makan. sungguh jika ikutkan hati selemah manusia sememangnya fikah tidak tahan. tetapi teringat akan pesan ayah membuatkan fiqah tabah menghadapinya.


“ dah lah saya kahwin dengan awak sebab terpaksa. sekurang-kurangnya hargai saya dan fiqah. tolonglah berhenti berjudi. itu bukan perbuatan yang baik. kalau bukan sebab anak kita dan lama saya minta cerai..! awak tolong fikir hati saya dan fikah.” rayuan ibu pada ayah kamal. pertengkaran mereka didengari fiqah sewaktu pulang dari pohon rendang di pinggir bukit.


Perkahwinan ibu dan ayah kamal adalah satu paksaan. pakcik kamal adalah abang tiri kepada arwah ayah. ibu difitnah dan kerana fitnah itu ibu terpaksa berkahwin dengan pakcik kamal. kerana terhutang budi dengan keluarga itu ibu terima pakcik kamal. meskipun ayah kamal tidak pernah mencederakan ibu, dan nampak baik di mata insan ketika itu tetapi ayah kamal sering menipu ibu dengan pelbagai helah untuk berjudi kerana tidak tahan akan tekanan hidup yang susah. Berbeza dengan hidupnya sebelum ini yang dimanjakan dengan kemewahan. 

Ayah kamal juga telah menghabiskan duit simpanannya untuk menyara keluarga dan dilaburkan untuk  perkara haram. Setelah habis duit itu ayah kamal berhutang pula. itulah rakusnya sikap insan yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang di milikinya. insan yang tidak yakin rezeki itu di'tangan' Allah SWT. serta insan yang malas untuk berusaha tika menginginkan sesuatu dalam hidupnya.


“awak, saya minta maaf. saya terpaksa serah awak pada mereka. hanya semalam. mereka tidak akan menganggu saya lagi. awak rela jika saya serahkan fiqah?.. saya tahu awak sayang dia. dia pun masih muda. saya tak nak rosak masa depan dia, jadi saya pilih awak. awak kena tolong saya. please dear ?” rayu ayah kamal pada ibu.


sikap ayah kamal bukan sahaja memberi akibat pada dirinya malahan pada anak-anak dan orang yang dicintainya. itulah hidup insan jika mendekati perkara yang tidak diredhai Allah. tidak akan mendapat ketenteraman dan kebahagiaan. walau apa pun yang ingin dilakukan untuk kesenangan keluarga dan diri janganlah sesekali kita mendekati perkara yang ditegah oleh Allah kerana ada hikmah yang tersembunyi disebalik tegahan itu. akurlah dengan ketentuan Allah. ada kebahagiaan yang bakal menanti di hujung waktu meskipun harus menghadapi kesukaran, adalah lebih baik dari kesengsaraan yang abadi.

“ saya tak nak terlibat dengan benda haram. awak tolong ceraikan saya. saya tak akan buat perkara yang di murkai Allah. ingatlah abang, pasti ada jalan penyelesaiannya. tetapi bukan dengan cara ni. tolonglah bertaubat. Allah itu Maha Pengampun. dan jangan sesekali libatkan anak saya.!” rintihan ibu itu tidak didengari.


ibu ditolak ke dinding. kepala ibu  berdarah. ayah menghampiri bilik fiqah, diheret fiqah keluar ke ruang tamu. Sikap ayah kamal semakin berubah semenjak mengotorkan tangannya dengan menyentuh judi yang haram.


“ awak nak saya libatkan dia dalam hal nie?saya tak nak buat macam ni, tapi awak yang paksa saya buat macam ni. awak kena faham mereka minta awak untuk satu malam ja, kalau tidak kita satu keluarga akan diganggu. anak-anak masih kecil. ingat tu.” kata-kata ayah itu membuatkan ibu terpaksa akur dengan semua ini. dia tidak rela anak dari suami tercintanya menjadi mangsa. juga tidak rela anak-anaknya diganggu.


sebulan ibu tak mahu makan hanya berkurung dalam bilik.


 “ Ya Allah, apa pun yang telah Kau aturkan dalam hidup kami.maka berilah kami kekuatan. keluarkan kami dari belenggu ini. berilah ibu semangat yang kental. dan berilah petu njuk pada ayah.” rintih hati fiqah sambil meletakkan makanan di meja pinggir katil. tangannya memegang dahi ibu. ibu demam panas.


************************************************************************
5 bulan kemudian fiqah ditawarkan ke matrikulasi untuk melanjutkan pelajarannya. sewaktu kelas bahasa inggeris. pensyarah meminta melakukan ice breaking. satu kumpulan dua orang. fiqah dipasangkan dengan seorang jejaka yang bernama idham. aktivitinya adalah sesi perkenalan diri. semua kena memperkenalkan diri pada pasangan masing-masing.


 What is your dream in the future?” Tanya idham


i wish to have a big house and a big car.”  jawab fiqah. jawapan itu membuatkan idham tertawa kecil kerana merasakan jawapan itu agak lucu.


Itu apa yang terzahir di pandangan manusia. tetapi yang tersirat siapa yang mengerti. mungkin hanya impian biasa. tetapi bagi fiqah rumah besar itu adalah untuk ibu dan adik-adiknya tinggal dengan selesa. dan kereta besar itu untuk mereka sekeluarga agar dapat menggantikan basikal bukan untuk dirinya. dan dia mengharapkan itu bukan hanya impian suatu hari nanti. insyaAllah.


the last question, what is your ambition?” Tanya idham.


 cita-cita fiqah adalah  ingin menjadi seorang doktor pakar jantung kanak-kanak kerana ingin menyelamatkan kanak-kanak yang senasib dengan adik syahira dan arwah adiknya, nurul. rasa bersalah itu tidak pernah hilang hingga kini. setiap kali ayah kamal marah pasti dia akan kata fiqah itu seorang  pembunuh. penyebab kematian adik dan ayah kandungnya. fiqah akan lebih menyalahkan dirinya apabila ibunya juga berkata begitu ketika tidak dapat menahan emosi dan tekanan. Fiqah semakin tertekan. Tetapi tiada sesiapa yang mengerti kecuali ibunya. Dan Sesungguhnya Allah lebih mengerti makhluk ciptaanNya lebih dari seorang hamba itu mengerti dirinya sendiri.


Dari peringkat sekolah hinggalah ke matrikulasi fiqah hanya bercakap dengan insan yang dikenalinya. kadangkala menyendiri kerana tekanan itu bimbang dirinya tidak mampu mengawal emosi. hatinya sering terluka saban hari sejak pemergiaan ayah. bimbang untuk bergaul dengan rakan-rakan hatinya terlalu sensitif dengan kata-kata insan. Teringat akan kata-kata temannya sewaktu di sekolah menyebabkan fiqah cuba belajar menyesuaikan diri seperti insan biasa. meskipun kadangkala tewas dengan emosinya sendiri apabila mendengar perkabaran dari rumah.


fiqah mendapat cuti seminggu. pada pagi raya suasana hening. ayah kamal tidak pernah ada pada hari-hari penting seperti ini. suasana hening itu tiba-tiba menjadi riuh dengan deringan telefon. ibu mendapat panggilan dari rumah keluarga ayah. mereka akan datang ke rumah. Alang gembiranya hati fiqah, hidupnya setelah pemergian ayah dia tidak pernah berkesempatan beraya bersama mereka. fiqah gembira sambil memasak rendang untuk mereka. setelah mereka sampai, makngah leka bermain dengan adik. inilah kali pertama keluarga itu melihat adik bongsunya.


“ Ayu, kau kena faham keadaan kau sekarang. kamal tu kami dah tahu perangai dia macam mana. kami hanya nak tolong daripada dia beri anak ni pada orang, sebaiknya kau serahkan pada aku. aku nak tolong kau besarkan budak ni ja. nanti kau dah senang kau boleh ambil balik. aku bagi kau rm1000. aku nak ambil sekarang.”kata makngah dengan nada sinis.


“ kak, tolonglah jangan pisahkan saya dengan anak saya. tu anak saya. saya akan jaga dia.” rayaun ibu.

kata-kata ibu disanggah oleh nenek dan datuk. setelah itu pakngah dan kemudian pakcik.

“ tetapi berilah aku sedikit masa untuk bersama anak aku, buat masa terakhir. bagi aku masa untuk berfikir, sebulan atau sekurang-kurangnya seminggu.?” kata ibu.


“ tak payah! kau boleh jaga dalam masa sebulan? aku tengok kat dapur pun susu dah tak ada, dulu kau boleh lah harap fiqah, sekarang dia pergi belajar. kau nak harap sapa lagi. nak jaga seminggu? tapi budak ni tak selamat dengan kamal. aku dengar dia nak serah pada orang Bandar dan dia dapat duit. kau nak macam tu. lebih baik aku jaga. sekurang-kurangnya aku mak saudara dia. kalau dia dah besar biar dia buat pilihan sendiri nak balik kat mak dia yang miskin ni atau hidup senang dengan aku. aku nak bawa dia pergi sekarang. baung masa aku ja mai sini kalau aku balik macam tu ja. baju,susu, barang-barang dia aku tak ambil. aku boleh beli.” kata makngah tanpa menghiraukan tangisan ibu.


Dengan kata-kata kuat dari keluarga ayah, datuk dan nenek ibu fiqah tidak dapat buat apa-apa. adik diambil dari pangkuan. fiqah hanya mampu melihat setelah kata-katanya sebagai anak sulung tidak didengari.  sudah tiga hari fiqah lihat ibu hanya menangis sambil melihat buaian adik. ibu fiqah akan menangis setiap kali melihat pakaian adik dan barang-barang permainannya sepi tanpa gelak tawa manja si kecil. Melihat tangisan itu hatinya semakin remuk.


“ibu, fiqah akan tolong untuk dapatkan adik semula.” bisik hati fiqah.


“ fiqah, kamu perlu tumpukan perhatian semasa saya mengajar.” kata puan normah. pensyarah biologi di dalam kelas tutor kerana fiqah tidak menumpukan perhatian semasa belajar.


Fiqah menemani rakannya berjumpa dengan seorang ustazah. Pelbagai soalan yang diajukan berkaitan agama. Keadaan ini mendorong fiqah untuk bertanya perihal hidupnya dari segi hukum agama.

“ ustazah apa hukum jika seseorang itu memberikan anaknya pada orang lain?” Tanya fiqah pada ustazah.

 Pertanyaan itu dijawab dengan soalan kerana ustazah tidak pasti keadaan sebenar untuk menjawab. Akhirrnya fiqah terpaksa menceritakan perkara sebenar. Sebak dihati ustazah dan rakan-rakan mendengar kisahnya.


“ lihat ye kamu semua, kadang-kadang kita melihat seseorang itu ceria. Tetapi hakikatnya kita tidak mengetahui dia juga diduga oleh Allah. Malah ujian dia mungkin lebih berat dari kita. Fiqah, Allah tidak akan menguji seseorang itu luar dari kemampuan dia. Dan Allah menguji hambaNya kerana rindu mendengar suara hambaNya dalam mengingatiNya. Kita hamba yang lemah sering ingat Dia dikala kita ditimpa kesusahan. Ingatlah sesungguhnya Allah menyayangimu, syafiqah.” Kata-kata terakhir ustazah memberi fiqah semangat untuk terus hidup.


Biar siapa pun ayah kamal, sebesar mana dosanya. fiqah tidak boleh menghukum mahupun membencinya. Tetapi bencilah perbuatannya. Sebaik-baik penghukum yang paling layak adalah Allah. Siapalah kita hamba yang kerdil dalam menghukum dan membenci manusia tambahan manusia itu bukanlah maksum suci daripada dosa, melakukan kesilapan dan dosa itu adalah lumrah kelemahan manusia. Oleh itu kita seharusnya sentiasa bertaubat. ustazah sering memberi nasihat di dalam kelas membuatkan hati fiqah semakin berminat mendalami ilmu agamanya sendiri. Ya Allah ampunilah khilafku ini.


Belakangan ini,  adiknya yang menghidap penyakit jantung itu, syahira sering demam dan tidak sihat. Fiqah susah hati. Kesihatan fiqah juga tidak menentu membuatkan fiqah tidak mampu memberikan tumpuan pada pelajaran 100%.


“ fiqah, tak sangka hidup fiqah macam nie. Kenapa fiqah tak pernah cerita kat kami sebelum nie..?kami bersimpati.” Tanya aisyah teman sekelasnya.


Fiqah hanya tersenyum.

 “usahlah ditanya mengapa. Kamu pasti tidak akan mengerti” bisik hati fiqah.


Seminggu fiqah tidak makan. Hanya makan sekeping roti. Duit elaun yang diterimanya telah diberi pada ibunya sewaktu balik cuti. Rakan-rakan sering mengatakan fiqah tidak reti membelanjakan wang kerana wang yang diterima sepatutunya cukup untuk makan dan minumnya disini. Setelah mengetahui fiqah datang dari keluarga yang susah cara hidupnya diperhati kerana cara hidup fiqah amat berbeza dari insan susah yang lain. ramai lagi yang hidup susah, malah ada yang lebih susah tetapi bagi mereka cara hidup fiqah amat berbeza. Mereka pelik dengan cara hidupnya. Bagi fiqah, biarlah hanya dia sahaja yang mengerti hidupnya. Usah ditanya mengapa kerana baginya mereka semua pasti tidak akan mengerti dan akan terus bertanya “mengapa” ...
















To be continue...

Wednesday 13 June 2012

CaHaYa HaTi



Hidup di dunia hanya sebentar sahaja.
Melihat langit yang semakin mendung. Menambah resah dihati manusia yang mencari rezeki di lautan untuk suapan anak-anak dan isteri di rumah. Seharusnya sedar erti hidup juga dirasai haiwan, unggas yang berterbangan bergegas ke sarang masing-masing untuk berlindung dari hujan yang bakal sirami bumi Allah ini. Tetapi mengertikah resah seekor unggas yang masih terus terbang ke destinasinya meskipun langit mendung bakal menutupi mentari. Tetapi hanya seekor unggas tidak pulang ke sarangnya. Ku lihat dan mengikuti jejaknya. Akhirnya, terlihat seekor haiwan kecil sekecil paruhnya di atas sebatang dahan yang rapuh. Haiwan kecil itu dibawa pulang. Lumrah ciptaan Allah, ku lihat disarangnya tiga ekor unggas yang kecil kelaparan. Pengorbanan seekor ibu hanya untuk mengisi perut zuriatnya. Sedang asyik melihat kehidupan seekor burung di atas pokok sambil berjalan ku terlanggar seketul batu yang sederhana saiznya. Mengerang dalam hati kesakitan, tidak tertahan lalu terzahir dengan kata-kata.  “aduh, sakitlah...ish..!” rintihku . Sekali  lagi aku menendang batu itu ke tepi jalan agar tidak ada sesiapa lagi yang akan tertendang batu itu. Terfikir aku, jika seketul batu itu diberi suara apa akan dikatakan padaku tika itu. Aku diberi mulut tetapi berkata mengikut hati. Tanpa berfikir itu adalah khilafku. Dan jika ia berlaku pada manusia, meskipun hampa ALLAH itu melakukan kesalahan didepan mata atau sebaliknya tidak seharusnya kita berkata sesuatu mengikut hati dan emosi.  Jika seketul batu itu diberi perasaan apa yang ia rasakan. Pasti ia akan berkecil hati, lumrah selemah manusia. Manusia itu tidak sama cara ia menjaga hatinya. Aku telah mementingkan diri sendiri kerana hakikatnya itu adalah sebuah kesilapan diri sendiri. Punyai nikmat akal  tetapi tidak berfikir sebelum bertindak. Menghukum tanpa usul periksa. Dan penghukum yang paling layak adalah Allah.  “Ya Allah..Ampunkan dosa dan khilafku..” rintihku pada Pencipta Yang Maha Melihat dan Mendengar. Lalu aku mengambil batu itu dan meletakkannya dengan baik  diatas tanah. Kita dianugerahkan Allah tangan tidak salah jika kita mengalihkan sesuatu itu  ke fitrah asalnya dengan tangan meskipun ia telah berada dihujung kaki. Aku mengukum seketul batu dengan menendangnya. Aku terus menghukum tanpa berfikir. Mengukum mengikut emosi diri. Tanpa sedar jika seketul batu itu diberi rasa hati. Pasti atinya akan terluka. Dan jika hal ini berlaku pada manusia. Luka itu bukan lukisan yang mampu dipadam. Dan Allah Maha Bijaksana,kurniaan hati itu punyai lumrah yang mungkin pudar warna luka itu dengan  “maaf” dan “ikhlas” serta tidak mengulanginya setelah “maaf” itu menjadi penawar. Jika luka yang telah sembuh berdarah kembali,lagi dan lagi ia akan menjadi parah, manusia itu lemah. Moga Allah memberi kekuatan pada hati. Moga hati yang keras seperti batu akan lembut jika terbit kata yang lahir dihati hanya keranaNya. Hidup kadangkala semudah kata ABC tetapi akikat merasainya..infinity..