:...pages...:

Thursday, 24 May 2012

Khilaf ="(


Mungkin itu yang terbaik…

“maka hadaplah wajahmu dengan lurus kepada agama(ALLAH),(tetaplah atas) fitrah Allah S.W.T  yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan fitrah  Allah S.W.T. itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(QS. Ar-Rum 30:30)
“..Dan DIA sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama sesuatu kesempitan...”
(QS. Al-Hajj 22:78)

Sahabat,..
Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia,? tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya?. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa?. Hadirnya yang telah  memberi kesan dalam kehidupan kita.. yang sebanyaknya menyedarkan kita agar melihat  segala erti dari pelbagai dimensi..
 
Dimensi pertemuan itu berbeza,pabila saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagaikan tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. Menyingkap takbir rahsia yang mengerti hanya yang memahami..sesungguhnya Dia lebih Mengetahui…

Dan tertarik kita pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya.. saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan saat itu bagi kita, sahabat adalah keperluan  jiwa disaat  masih mencari dan mengenal erti.. Dialah ladang hati, yang ditaburi dengan kasih dan dituai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara di bahtera perjuangan di atas jalanNya.

 Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani bahtera kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai.. agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa..selemah  manusia.


 Dan hakikatnya tidak ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya.. kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat dan kata kita me’lagha’kan jiwanya.. saat kita bersahabat kerana agamaNya. Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya, maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna.

Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.  Jika itu telah tersurat maka tiada tempat lain untuk kita selain menghadapinya. berusaha dan ikhtiar. Menyelesaikannya, begitu indah tarbiahnya seni didikan penuh yang tidak mampu untuk kita tafsir,.  Allah tidak menjadikan sesuatu yang sia-sia pada kita.hikmahnya yang tak tercapai akal kita untuk mengetahuinya, pengetahuan kita tidak seluas pengetahuanNya..

    jika kehadiran ini telah banyak menyusahkan insan diluar minda  sedar, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Dan membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana
..Daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin..
Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

mengenang satu doa dari seorang para utusanNya yang diberi ujian..moga diberi kekuatan..Lemahnya kita sebagai hamba.. mudah terleka dengan keasyikan fana yang indah dipandangan mata..ditutupi oleh musuh yang nyata..
tetapi..
“sesuatu yang suci itu,..bukanlah melemahkan tetapi maembangkitkan jika ia benar-benar  disirami iman atas dasar yang Maha Esa”..

“Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka padaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang2 yang bodoh.”
(QS. Yusuf 12:33)

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

 KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

 PadaMu ku serahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”
           

 maaf atas segala khilaf..

hati juga hati =)



 "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil,."
==Renungan dari khutbah terakhir Baginda,Rasulullah saw==
"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Menjaga keharmonian hati,,,"usahlah mentafsir juga mengandaikan,..jika tidak mampu merungkai maksud dari sebenar-sebenar maksud..lumrah..cukuplah saja jika terdetik dihati..usahlah mendengarkan pada hat-hati yg mendengar tetapi tidak melihat..perdengarkanlah pada yang Maha Mendengar,Melihat dan yang lebih Mengetahui.."
==jauhilah prasangka yang akar pada fitnah==
"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti sutera. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu..Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang digambarkan"
"Janganlah kiranya berbuat kejahatan dalam kebaikan, kelemahan dalam kekuatan, kekerasan dalam kelembutan, kezaliman dalam kebajikn..Ya Allah..Lindungilah diri ini dari kelalaian hati"
"wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah berdosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujurat49:12)
"Dan Allah pasti mengetahui orang2 yang beriman dan Dia pasti mengetahui orang2 yang munafik"
(Al-'ankabut29:11)

"Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di bumi, melainkan (tercatat) dalam kitab yang jelas"
(An-Naml:75)
"Dan sungguh,Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan"
(An-Naml:74)

Friday, 11 November 2011

"ustaz, kami bukannya berzina"

Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:

“Kami tidak berzina!”

Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.

“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!

“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”

Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.

“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”

Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?

“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan.

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”

Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu.

“Islam takde ke couple-couple ni?”

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”

Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.

“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”

Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?

“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.

“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”

Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.

“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)

“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”

Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

“Kami telah berjanji sehidup semati.....”

Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”

Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second hand sdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!

“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”

Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)

“Lalu bagaimana dengan kami?”

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.

“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”

Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.






“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”

Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.
Dan doa saya mengiringi kalian... “Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."
******************************


p/s; Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...
from: 
..'konsi bersama'..

Sayangilah saudaramu,duhai nur permata hatiku

by Nur Permata Hati on Tuesday, December 28, 2010 at 10:54pm
Assalamualaikum..
Wahai adik2ku nur permata hatiku..
jagalah hubungan silaturahim antara kita..
jangan ada sesekali sifat dengki dan khianat kerana itu akan membawa kita ke lembah kehinaan..
Iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam..
INGATlah walau apapn terjadi berjanjilah kita tetap akan BERSATU..
hargailah pertalian ini kerana Allah telah takdirkn kita
walau air d'cincang x akan..
X AKAN PUTUS!..
janganlah jadi seorang insan yg tergamak menganiaya saudara sEndiri,.
ingat janji Allah t'hadap mereka yg cba memutuskan silaturahim sesama manusia malah saudara sendiri..
jangan sekali-kali buruk sangka dan menfitnah saudaramu utk kepuasanmu wahai nur permata hati ku..
menfitnah itu lebih berdosa drpd membunuh..
''wahai orang yang beriman,jauhilah kebanyakan drpd prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu m'cari2 kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yg lain''(al-Hujurat:12)..
nur permata hatiku,
kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan pada seseorang itu adalah ketentuan Allah untuknya..
siapa kita hamba yg kerdil ini?
dan apa hak kita untuk m'pertikaiknnya..??
x selayaknya kita bermegah2 dengan apa yang kita miliki,
dan x selayaknya kita mempersenda apa yang tidak mereka miliki..
dan adik2 ingatlah,
siapa kita cuba menilai kesucian hati manusia,
sedang diri kita sendiri,kita x mampu menilainya..
jangan sesekali menghukum,mengkritik dan berburuk sangka..
hanya Allah yg Maha Mengetahui,
dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yg ada di muka bumi ini..
jangan kita bersikap angkuh dan sombong..


Rasulullah bersabda,
''Tidak masuk syurga orang yang hatinya merasa sombong sebesar biji sawi.''
sahabat bertanya,
''Ya Rasulullah,adakah orang yang memakai baju dan kasut yang cantik dianggap sombong?''
Rasulullah menjawab,
...''sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan.Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain''. (HR Bukhari dan Muslim)
tanyalah diri..
SIAPA KITA DIMUKA BUMI INI??! UNTUK APA KITA DIJADIKAN BERSAUDARA??..
untuk bermusuhan kah,wahai nur permata hatiku??..
adik2 nur pemata hatiku,
jangan kita JADI MACAM MEREKA!..
mereka yang x pernah hargai saudara mereka sendiri..
sedang insan yg d'takdirkn hidup bersendirian tanpa saudara cukup derita..
ingat adik2 walau siapa pun saudara kita,
jangan sesekali kita ketepikannya bantulah dia ,
bawalah dia ke cahaya bantu terangi hidupnya..
semampu yg boleh..
''dan tlg menolonglah kamu dalam(mengerjakan)kebaikan dan takwa,dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan''(al-Maidah:2)..ingatlah keikhlasan membantu saudaramu dalam kesusahan akan d'balas belipat ganda oleh Allah..itu janjiNya!..''barangsiapa mengerjakn kebajikan seberat zarah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya.dan barangsiapa mgerjakn kejahatn seberat zarah pun nscaya dia akan melihat (balasan)nya pula...''
(Az-Zalzalah:7-8)..
adik2 jangan ada sifat menghina dalam kedaifan dan kekurangan saudaramu sendiri..
itu ujian tanda kasih-Nya Allah padanya utk menguji tahap keimanannya..
janganlah kamu jd orang yg sangup 'menambah garam pada lukanya'..
dan jangan kamu menjadi orang yang naif dan jahil..
sehingga buta utk m'bezakan yang hak @ yang batil..
Duhai Nur permata hatiku..
buka mata,bukalah mata hatimu lihat disana..disini..disekitarmu,.
berapa ramaikah mereka yang bertelingkah sesama saudara,dr segi jiwa,hati,keluarga,masyarakat,pembentukan ummah yang akn datang,
apa akibatnya?..
Subhanallah amat besar impaknya..
janganlah ada sifat yg membawa kpd kehancuran ummah..
Cintailah saudaramu permata hatiku..
walau siapa pn dia..
drah yg mngalir d'tubuhnya sama sepertimu..
sayangilah saudaramu..
kerana tiada siapalah dia buatmu lahir dari rahim yang sama..
dan juga punyai matlamat yang sama sebagai hambaNya..
air d'cincang x akan putus..
dan jagalah saudara sesama islam..
fahamilah erti persaudaraan ISLAM...


ukhtukum wa uhibbukum fillah...








-Yang fakir-
..Nur permata hati..
Buatmu saudara2ku,saudara2 seagamaku nur permata hatiku.

bagaimana ek, nak cinta Dia?

by Nur Permata Hati on Friday, January 7, 2011 at 9:26pm
Dlu hati ini sering t'tanya2 ''bgaimana kita nk cintakn Allah?''..
''melebihi segalanya?''..
''melebihi cinta manusia?''
''bagaimana ya?''
Hmm aku fikir dn fikir,.dan aku yakin smua ini BUKAN perkara mustahil..right?
Msa berlalu dgn pantas..
Akhrnya dgn izin Allah..aku peroleh jwpnnya..
Rupanya ia cukup mdh..itulah tnda kasih Dia pada kita..
Cma hanya..
Hanya..
Utk myintainya..
Kita harus..
Mengenali..
Mengenali-Nya..
X kenal maka x cinta..
''belajar mengenali Allah yang Maha Pengasih lgi Maha Penyayang''
Psti kita akan t'tarik utk myintaiNya..

Jauhilah ia

 

''Wahai Muslimin,jauhilah zina kerana perlakunya mendatangkan enam keburukan,
Tiga di dunia dan
Tiga di akhirat.
Tiga yg diperoleh di dunia adalah
Hilangnya seri di wajah,
Memendekkan umur,
Dan mendatangkn kefakiran.
Tiga yg diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah,
Hisab yg buruk,
Dan azab neraka.''
(Hadis riwayat Ahmad,Ibn Hibban dan Al-Hakim)


¤ ''Dan janganlah kamu mendekaiti zina. Sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk'' (Al-Israk:32)


¤ Abdullah bin Amr bin al-As berkata, ''Amanah adalah alat kelamin manusia. Sekiranya manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.''
...peliharalah ia berpandukn landasan syariat.kerana ia adalah amanah..


¤ ''Dan tidaklah zahir perbuatn zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkn akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tdak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum ini. '' sabda Rasulullah ( HR Ibnu Majah,Al-baihaqi dan al-bazzar)


¤ Jarir bin Abdullah berkata,'' saya pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW berkenaan melihat wanita dengan tidak d'sengajakn, maka nabi berkata, 'palingkanlah pandangmu'.'' (HR Abu Daud).


¤ ''sahabat2 nabi bertanya, 'wahai Nabi Muhammad,adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal maka dia diganjarkan pahala?' kata Nabi, 'tidakkah jika kamu memuaskan nafsumu secara haram maka kamu berdosa? Justeru,jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala'.''(HR Muslim).


...Bersamalah kita buka mata hati..
lihatlah sekeliling,. akibat maksiat.....Subhanallah..
ambillah ia sebagai iktibar..jangan dekati ia kerana tanpa iman manusia sememangnya adalah lemah pada ujian dan godaan.


Salam mujahadah..
ukhtukum wa Uhibbukum fillah.


-Renungan Bersama-

Mencari yang Sempurna??


Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?", ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang.

"Sejujurnya sampai sekarang aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di Utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untukku dan sesuai menjadi isteriku. Namun belakangan selepas itu baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, dia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi akhirnya aku ketahui dia dari keluarga yang berantakan (berpecah belah) dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pasangan hidup yang dikirim oleh Tuhan untukku".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi?. Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Kawannya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

 p/s : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?.... Nobodys perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.


_Permata islam  _