:...pages...:

Wednesday 13 June 2012

CaHaYa HaTi



Hidup di dunia hanya sebentar sahaja.
Melihat langit yang semakin mendung. Menambah resah dihati manusia yang mencari rezeki di lautan untuk suapan anak-anak dan isteri di rumah. Seharusnya sedar erti hidup juga dirasai haiwan, unggas yang berterbangan bergegas ke sarang masing-masing untuk berlindung dari hujan yang bakal sirami bumi Allah ini. Tetapi mengertikah resah seekor unggas yang masih terus terbang ke destinasinya meskipun langit mendung bakal menutupi mentari. Tetapi hanya seekor unggas tidak pulang ke sarangnya. Ku lihat dan mengikuti jejaknya. Akhirnya, terlihat seekor haiwan kecil sekecil paruhnya di atas sebatang dahan yang rapuh. Haiwan kecil itu dibawa pulang. Lumrah ciptaan Allah, ku lihat disarangnya tiga ekor unggas yang kecil kelaparan. Pengorbanan seekor ibu hanya untuk mengisi perut zuriatnya. Sedang asyik melihat kehidupan seekor burung di atas pokok sambil berjalan ku terlanggar seketul batu yang sederhana saiznya. Mengerang dalam hati kesakitan, tidak tertahan lalu terzahir dengan kata-kata.  “aduh, sakitlah...ish..!” rintihku . Sekali  lagi aku menendang batu itu ke tepi jalan agar tidak ada sesiapa lagi yang akan tertendang batu itu. Terfikir aku, jika seketul batu itu diberi suara apa akan dikatakan padaku tika itu. Aku diberi mulut tetapi berkata mengikut hati. Tanpa berfikir itu adalah khilafku. Dan jika ia berlaku pada manusia, meskipun hampa ALLAH itu melakukan kesalahan didepan mata atau sebaliknya tidak seharusnya kita berkata sesuatu mengikut hati dan emosi.  Jika seketul batu itu diberi perasaan apa yang ia rasakan. Pasti ia akan berkecil hati, lumrah selemah manusia. Manusia itu tidak sama cara ia menjaga hatinya. Aku telah mementingkan diri sendiri kerana hakikatnya itu adalah sebuah kesilapan diri sendiri. Punyai nikmat akal  tetapi tidak berfikir sebelum bertindak. Menghukum tanpa usul periksa. Dan penghukum yang paling layak adalah Allah.  “Ya Allah..Ampunkan dosa dan khilafku..” rintihku pada Pencipta Yang Maha Melihat dan Mendengar. Lalu aku mengambil batu itu dan meletakkannya dengan baik  diatas tanah. Kita dianugerahkan Allah tangan tidak salah jika kita mengalihkan sesuatu itu  ke fitrah asalnya dengan tangan meskipun ia telah berada dihujung kaki. Aku mengukum seketul batu dengan menendangnya. Aku terus menghukum tanpa berfikir. Mengukum mengikut emosi diri. Tanpa sedar jika seketul batu itu diberi rasa hati. Pasti atinya akan terluka. Dan jika hal ini berlaku pada manusia. Luka itu bukan lukisan yang mampu dipadam. Dan Allah Maha Bijaksana,kurniaan hati itu punyai lumrah yang mungkin pudar warna luka itu dengan  “maaf” dan “ikhlas” serta tidak mengulanginya setelah “maaf” itu menjadi penawar. Jika luka yang telah sembuh berdarah kembali,lagi dan lagi ia akan menjadi parah, manusia itu lemah. Moga Allah memberi kekuatan pada hati. Moga hati yang keras seperti batu akan lembut jika terbit kata yang lahir dihati hanya keranaNya. Hidup kadangkala semudah kata ABC tetapi akikat merasainya..infinity..




No comments:

Post a Comment