Bismillahirrahmanirrahim..
Hidupmu..alunan ombak yg mampu mematangkan aku dengan kehidupan dunia..
ini smua tnda kasih Dia
supaya kita mencari Dia..
mencari Dia..
agar kita ingat Dia,
mengenal Dia Yang Maha Esa..
PERMATA HATIKU…
ujian ini bukan musibah tapi penuh hikmah..
terima ia dengan redha..
tidak akan ada sesuatu yang berlaku tanpa izinNya..
ada hikmah yang sukar untuk kita fahami..
sesungguhnya Dia lebih mengetahui…..
ibu..
ampunkan aku..
tanpa ku sedar telah ku lukai hati yg tegar dgn ujian yg x pernah henti menimpamu...
banyak dosa ku terhadapmu..
rintihan dan sungutan aku tntg hidup ini..ujian ini..
membuatkan aku lupa akn hati kecil mu..
yang juga menangung beratnya liku2 hidup ini..
ampunkan aku..
takdir Yang Maha Esa..
jalan yang penuh liku ini
akhirnya aku temui jalanNya..
Ya Rabb..Aku syukuri nikmatmu..
Tarbiah ini mengajarku erti redha ..
ibu..
sepedih mana pun hidup kita
Ingat masih ada insan yang ledih mnderita..
Jika kita tidak kuat bagaimana mereka??
Ujian Allah ini tarbiah untuk kita tanda cinta Dia pada kita..
Allah selalu ada tika kita perlukan dia..
ibu....
Doa dan tangisanmu membuatkan aku merenung hakikat kehidupan..
Alhamdulillah aku bersyukur dgn kehidupan ini..
Aku msh punya ayah dan ibu..
Jangan kau tangisinya..
Walau impianmu x kesampaian..walau mimpimu x mjadi kenyataan..
engkau tetap tidak putus asa berharap padaNya..
ibu Jika Dia x sediakn sebuah mahligai dsini untuk mu..
Bukan bererti Dia lupakn mu..
Bukan Dia x mendengar rintihanmu..
Bukan x dihiraukan tangisanmu..
Allah menangguhkan bukan mengabaikannya(azab bagi orang yang zalim)..
Ingatlah lebih indah mahligai di taman firdaus..
Tidak mengapa jika kita kedana di sini..
Jangan kita papa di sana..
Ibu,,.............
Jangan menangis…
tak kuat hatiku melihatnya..
Lemah aku melihat btiran permata yg menitis
tika hidupmu digoncang dengan dugaan..
Ku kesali kekurangan ini..
X sampai kudrat ku untuk mengesat air matamu ibu..
Ibu jangan menangis..
Firman Allah.. “dan janganlah kamu berasa lemah,
dan jangan(pula) berasa sedih hati..
kerana kamu paling tinggi(darjatnya),jika kamu orang beriman”…
lihatlah pujukan Allah pada kita..
kasihnya Dia pada hambaNya..
banyak peringatan Dia pada kita
ayat2Nya telah menerangkan segala..
agar kita kuat dan kembali ke jalanNya..
supaya selamat dari azab neraka..
permata hatiku..jangan bersedih..
kasih sayang Allah tiada tandingannya
ada hikmah di sebalik ujian
permata hati…..
biar hidup kita tak punya apa..tapi jangan kita miskin dengan budi dan iman..
biarlah kaya kita disana walaupun derita di sini..
tiada indah di sini dibandingkan syurgaNya..
jangan kita muflis di sana..
kerana orang muflis adalah orang yang zalim..
zalim terhadap hamdaNya......
jangan kamu zalim dikala berkuasa kerana kezaliman akan berakhir dengan penyesalan..
matamu tidur sedang orang yang dizalimi terus berjaga..
ia mendoakanmu dengan kekejian
dan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat…………………………………………
sabda Rasulullah..”waspadalah
doa orang yang dizalimi,kerana ia akan dibawa (naik) ke atas langit
dan Allah berfirman ‘demi kemuliaan dan KeagunganKu, sungguh Aku
benar-benar akan menolongmu, meskipun waktunya telah berlalu'.”
(H.R Khuzaimah Bin Tsabit)
_Yang fakir_
Nur permata hati